warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PENARAFAN LIMA BINTANG APC 2021 DITERIMA OLEH IQSB

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 26 Okt – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Penarafan Bintang 2021 di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu kelmarin. Majlis tahunan ini bertujuan bagi memberi penghargaan kepada anggota PKINK dan anggota Syarikat Anak serta Syarikat Anak yang telah mencapai prestasi yang tinggi dalam gerak kerja sepanjang tahun 2021.
 
Dalam majlis yang penuh gilang gemilang itu, Infra Quest Sdn. Bhd. telah berjaya mendapat Penarafan Lima Bintang bagi tahun 2021. Syarikat ini berperanan membangunkan infrastruktur dan kemudahan telekomunikasi seperti menara-menara pencawang di seluruh negeri Kelantan, manakala Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd pula telah berjaya mendapat Penarafan Empat Bintang. Permodalan Kelantan Berhad & Ladang Tapis Sdn Bhd pula berjaya mendapatkan Penarafan Tiga Bintang bagi tahun 2021. Syarikat-syarikat yang memenangi Anugerah Penarafan Bintang kali ini masing-masing membawa pulang wang tunai serta plak penghargaan.
 
Selain itu, seramai 31 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada 10 orang anggota PKINK dan 21 orang anggota Syarikat-syarikat Anak masing-masing membawa pulang wang tunai serta sijil penghargaan atas prestasi kerja yang tinggi sepanjang tahun 2021.
 
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan yang telah menyempurnakan majlis ini dalam amanat beliau berkata, “Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Penarafan Bintang bertujuan memberikan motivasi kepada anggota organisasi serta syarikat anak agar dapat meningkatkan lagi mutu dan kecekapan kerja. Yang belum menerima anugerah, bukan bermakna tidak cemerlang, tetapi ia memberi peluang untuk perbaiki dan tingkatkan prestasi untuk tahun-tahun akan datang.”
 
Turut hadir Ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan PKINK; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Timbalan-timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today262
Yesterday692
This week954
This month9509
Total1066860

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas