warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT PKENPs KE PKINK

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 26 Jun - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di Dewan Makan VIP, PKINK semalam.
 
Majlis ringkas itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara dua agensi pembangunan ekonomi negeri selain turut berkongsi peluang-peluang kerjasama di antara PKINK dan PKENPs di masa akan datang. Taklimat ringkas berkenaan PKINK telah disampaikan oleh YBrs Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Pn Hajah Nik Farzimar Nik Omar.
 
YABrs. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dalam ucapannya, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat rombongan PKENPs yang diketuai oleh YABrs En Norsiake Kassim, Pengurus Besar PKENPs kerana sudi bertandang ke PKINK dan berharap agar persinggahan ini membawa kebaikan dan manfaat untuk pembangunan ekonomi bagi kedua-dua negeri.
 
Di akhir majlis, kedua-dua agensi saling bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenangan bersempena kunjungan hormat ini.
 
Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK, En Ahmad Nazri Haji Ismail; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan PKINK; Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK serta Pengurusan PKENPs.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today277
Yesterday692
This week969
This month9524
Total1066875

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas