warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

MALAM APRESIASI KUMPULAN PKINK & PIDATO EKONOMI SUNNAH "PENGGERAK PEMBANGUNAN UMMAH"

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KOTA BHARU, 19 Jun – Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua. Bersempena dengan kejayaan yang telah dicapai, PKINK telah menganjurkan Malam Apresiasi Kumpulan PKINK & Pidato Ekonomi Sunnah "Penggerak Pembangunan Ummah" di Grand Ballroom, Tingkat 6, The Grand Renai Hotel semalam.
 
Majlis yang dihadiri oleh pimpinan Kerajaan Negeri, Jabatan Kerajaan Negeri, Syarikat Anak dan anggota PKINK itu menyaksikan penyampaian cek dividen berjumlah RM10 juta daripada Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan RM2 juta daripada Kumpulan Perladangan PKINK Berhad (KPPB) kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Gimik Penyampaian telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif PKB dan KPPB, YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah kepada YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PKINK merangkap Menteri Besar Kelantan dengan disaksikan oleh YB Tan Sri Dato' Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Utusan Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah.
 
Dalam ucapannya, YAB Dato' Bentara Kanan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PKINK atas kejayaan menghasilkan keuntungan sebelum cukai hampir RM75 juta sehingga Disember 2021. Katanya lagi, PKINK perlu terus ke hadapan bagi mengambil manfaat daripada projek-projek baharu khususnya projek pembangunan ekonomi Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan projek sambungan daripada RMK-11 termasuklah menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), pembangunan Terminal Laut Bersepadu di Bandar Maritim Tok Bali, Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), Lebuhraya Utama Tengah (Central Spine Road), Projek Hubungan Rel Pantai Timur (ECRL), Pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri dan Empangan Hidroelektrik Lebir, Projek Tebatan Banjir Sungai Golok, Kompleks Sukan Bukit Merbau, Jambatan Palekbang-Kota Bharu dan Pembangunan Sektor Agromakanan Agensi Peneraju.
 
Majlis tersebut lebih bermakna dengan Pidato Khas berkaitan Pembangunan Ekonomi Sunnah yang telah disampaikan oleh YB Tan Sri Dato' Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang. Di dalam pidatonya, beliau menjelaskan bahawa falsafah ekonomi dunia kini tidak selari dengan falsafah ekonomi Islam iaitu Ekonomi Kapitalisme dan Sosialisme, yang hanya memporak-perandakan tamadun manusia. Bagi beliau, falsafah Ekonomi Islam mengamalkan wasatiyah (kesederhanaan) dan waq'iyah (kebolehsuaian) dalam pentadbiran dan pembangunan ekonomi yang bersifat adil dan saksama dalam hal ehwal ekonomi manusia serta membawa keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT.
 
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB Dato' Kaya Setia Dato Haji Nazran bin Muhammad; Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Abdullah bin Ya’kub; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan; Ahli-ahli Dewan Rakyat Negeri Kelantan; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan; wakil Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Kelantan, seluruh Anggota PKINK serta wakil Syarikat Anak Kumpulan.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today254
Yesterday692
This week946
This month9501
Total1066852

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas