warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PKINK SERAHKAN KUNCI 6 UNIT RUANG NIAGA KIOS MASJID MUKIM KEROH

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA KRAI, 23 Mei – Kemudahan infrastruktur perniagaan untuk usahawan tempatan antara fokus utama dalam kegiatan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membangunkan ekonomi Negeri Kelantan. Pada hari ini, PKINK telah menyerahkan kunci enam (6) unit Ruang Niaga Kios kepada pihak Masjid Mukim Keroh.
 
Majlis yang serba ringkas ini telah disempurnakan oleh YABrs Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Tuan Haji Ab Aziz bin Yunus dengan penyerahan replika kunci kepada Pengerusi Masjid Mukim Keroh, Al-Fadhil Ustaz Abdullah bin Ab Talib.
 
Projek Ruang Niaga Kios ini merupakan sebahagian daripada projek Rancangan Malaysia ke-12 di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan melalui PKINK. Memandangkan Masjid Mukim Keroh telah menjadi tempat persinggahan utama bagi perantau yang melalui jalan Kuala Krai - Kota Bharu, projek ini memberi peluang kepada penduduk setempat menjana ekonomi perniagaan.
 
Tuan Haji Ab Aziz menegaskan dalam ucapan bahawa "pihak masjid harus pastikan penyewa yang menyewa premis Ruang Niaga Kios di Masjid Mukim Keroh agar urusan perniagaan dijalankan berterusan apabila operasi bermula nanti. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu penjanaan ekonomi masyarakat sekitar."
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (Perancangan & Pembangunan), Tuan Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman; Pegawai Pengurusan Projek MAIK, En Ikhwan bin Mat Yasin @ Hashim; Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail dan Timbalan Pengerusi Masjid Mukim Keroh, Al-Fadhil Ustaz Abdull Razab bin Yunus.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today211
Yesterday692
This week903
This month9458
Total1066809

2024-04-16

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas