warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

CERAMAH IHYA' RAMADAN 1443 (SIRI 2)

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU, 12 Apr - Meneruskan aktiviti Ihya' Ramadan 1443/2022, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menganjurkan Program Ceramah Ihya' Ramadan 1443 (Siri 2) di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK hari ini.

Ceramah yang disampaikan oleh YBrs. Dr Mohd Azhar bin Abdullah, Pensyarah Jabatan Syariah merangkap Pengarah Institut Bahasa Antarabangsa, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail (KIAS) itu turut disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook PKINK.

Dr Mohd Azhar dalam ceramahnya mengingatkan agar para pendengar mengambil kesempatan waktu sahur sepanjang Ramadan ini untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan beristighfar dan solat sunat tahajud dua (2) rakaat. Beliau turut menekankan bahawa sebaik-baik orang yang bersahur adalah mereka yang mengejutkan ahli keluarganya untuk solat sunat berjemaah serta menyediakan makanan dan bersahur bersama keluarga.

Sebagai menzahirkan tanda terima kasih dan penghargaan, YBrs. Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En.Ahmad Nazri bin Haji Ismail telah menyampaikan cenderahati kepada YBrs. Dr Mohd Azhar yang sudi meluangkan masa bersama PKINK pada hari ini.

Turut hadir Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan, Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan serta anggota Kumpulan PKINK.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today268
Yesterday1006
This week2094
This month15933
Total1094247

2024-05-22

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas