warna1   warna2   warna3   warna4    
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

RAYSA MENERIMA SUMBANGAN DARI PKINK

Tag SPLWK: <i splwpk-tag="splwpk-tag></i>
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

TUMPAT, 9 Apr – Nasib anak-anak yatim & dhuafa' merupakan sebahagian dari tumpuan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dalam memelihara tanggungjawab sosial korporat di negeri Kelantan. Sempena bulan Ramadan yang mulia, Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA) telah menerima Sumbangan Kebajikan bersempena Program Ihya' Ramadan 1443 di RAYSA, Pasir Pekan pada hari ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh YABhg. Datin Bentara Kanan Isteri Menteri Besar Kelantan, Hajjah Siti Zabedah binti Ab. Hamid kepada YBrs. Pn Sufiyah binti Mubarak, Penyelia RAYSA dalam majlis yang serba ringkas ini.

RAYSA merupakan antara institusi yang membela golongan anak yatim dan anak orang miskin tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penghuninya. Sistem pengajian di sini berkonsepkan pengajian tahfiz separuh masa, pendidikan ilmu agama serta turut menekankan pengetahuan semasa.

YABhg. Datin Bentara Kanan, dalam ucapannya, berharap agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu RAYSA memastikan semua penghuninya dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa seterusnya dapat menabur bakti kepada agama, masyarakat dan negara.

Turut hadir YBrs. Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan, Pn Wan Haidar Amni binti Nik Mansor.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: [email protected]
Borang Maklumbalas: Klik Sini

Kaunter Pelawat

Today302
Yesterday1006
This week2128
This month15967
Total1094281

2024-05-22

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      

Menu Offcanvas