Majlis Pecah Tanah Projek

"Cadangan Jalanraya Bertingkat (Laluan Pintas Menuju Ke Pusat Bandar)

Merentasi Laluan Rel Keretapi Sediada Di Jajahan Pasir Mas, Kelantan"

dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Klik foto untuk saiz penuh

 

PICT0005.jpg (102403 bytes) PICT0019.JPG (81377 bytes) PICT0020.JPG (81291 bytes)  PICT0023.JPG (62767 bytes) PICT0026.JPG (85272 bytes)
PICT0028.JPG (59597 bytes) PICT0031.JPG (64792 bytes)
Nama Projek

Cadangan Jalanraya Bertingkat (Laluan Pintas Menuju Ke Pusat Bandar) Merentasi Laluan Rel Keretapi Sediada Di Jajahan Pasir Mas, Kelantan.

Butiran

Jarak jajaran keseluruhan jalan raya bertingkat termasuk jalan 754 m.

Jarak Jalanraya Bertingkat (Jambatan) 250m.

Ketinggian Maksima 15m.

Mengandungi 7 Span iaitu jarak antara tiang.

Jalanraya 2 lorong.

Projek Jalan raya bertingkat melintasi laluan rel keretapi di Jalan Masjid Lama , Pasir Mas menjadi kenyataan apabila upacara pecah tanah diadakan pada 3 Rabiulawal 1428 bersamaan 22 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Projek yang bernilai RM15.556 juta ini dimulakan pada 15 Mac 007 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Mac 2009. Projek pembinaan jalan raya bertingkat ini dijangka dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di bandar Pasir Mas.

Kelkon Sdn Bhd anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan telah diberi kepercayaan oleh pihak Kerajaan Negeri apabila dilantik sebagai kontraktor utama bagi menyiapkan laluan jalanraya bertingkat tersebut.

Perlaksanaan projek ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam memenuhi aspirasi rakyat sebagai menunaikan tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pembangunan yang berpaksikan konsep Membangun Bersama Islam. Ia juga merupakan komitmen berterusan pihak Kerajaan Negeri bagi meneruskan projek-projek pembangunan yang dirancang demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat seluruhnya dan rakyat Pasir Mas khasnya.

Pelaksanaan projek ini melambangkan sikap bertanggungjawab dan amanah Kerajaan Negeri Kelantan dalam menunaikan janji kepada rakyat Pasir Mas sebagaimana yang telah dihasratkan sebelum ini.

PICT0022.JPG (67646 bytes) PICT0024.JPG (68932 bytes) PICT0034.JPG (83166 bytes) mbpecahtnh.jpg (32788 bytes)

Penghargaan :