Satu
Kejohanan Badminton Jemputan Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK 2005 telah
diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Badminton PBKN, Telipot, Kota
Bharu pada 9-10 Muharram 1426 (18 - 19 Feb 2005). Perlawanan diadakan secara
liga kumpulan, melalui 5 acara bergu lelaki iaini Bergu VIP (Ketua/Timbalan
Ketua Jabatan & Pegawai), Bergu Terbuka (1), Bergu Pegawai/Veteran,
Bergu Terbuka (2) dan Bergu Terbuka (3).
Sebanyak
9 agensi ; Air Kelantan Sdn Bhd, Tenaga Nasional Bhd Kelantan, Kastam Diraja
Malaysia Kelantan, Pejabat Tanah Kota Bharu, Majlis Perbandaran Kota Bharu,
Telekom Malaysia Bhd, Kota Darulnaim, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan
PKINK ( 2 pasukan ) telah menyertai kejohanan tersebut. Acara
telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan. Walaupun keletihan,
masing-masing berpuashati tanpa sebarang masalah mahupun kesulitan. Malahan
acara separuh akhir dan akhir telah berlangsung dengan sengit sekali apabila
mata terikat dua sama dan bergu penentu menjadi tumpuan utama. Johan telah
dimenangi oleh PKINK (Team B) manakala Kota Darulnaim mendapat Naib Johan.
Tempat ke 3 dan 4 pula adalah milik Tenaga Nasional Bhd dan Majlis
Perbandaran Kota Bharu.
Majlis
telah diraikan dengan cabutan bertuah dan berakhir jam 7.00 petang.
Hadiah telah disediakan untuk 4 tempat teratas namun peserta yang lainnya
tidak pulang dengan tangan kosong. Setiap peserta telah diberi sumbangan
hamper setiap seorang sebagai saguhati disamping hadiah atau cabutan bertuah
yang diperolehi mereka.
Alhamdulillah
dan insyallah dipanjangkan umur bertemu lagi di kejohanan, di lain tahun.