Kata-kata
Aluan Yabrs Ketua
Eksekutif Kumpulan
Dengan nama
Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Syukur
ke hadrat Allah S.W.T, laman web PKINK dapat dicernakan untuk
kemudahan semua.
Perkembangan
teknlogi maklumat dan komunikasi dalam era globalisasi telah banyak
merubah jaringan
komunikasi dunia.
Begitu juga pengaruh globalisasi dan libralisasi ekonomi ke
atas segenap aspek kehidupan kita sekeluarga sangat ketara dalam
masyarakat hari ini.
PKINK
tidak terlepas dari perkembangan ini malah sentiasa peka kepada
perubahan-perubahan dalam persekitaran ini.
Sebagai sebuah badan berkanun negeri yang bertanggungjawab
dalam penggerak kemajuan ekonomi negeri Kelantan, PKINK akan sentiasa
memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara cepat bagi
keperluan semua pihak. Saya
berharap melalui penggunaan laman ini, PKINK dapat memaparkan maklumat
dan informasi terkini aktiviti perniagaan kami yang secara langsung
yang berurusan dengan masyarakat perniagaan dan keperluan kediaman
rakyat Kelantan amnya.
Saya
juga mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi
maklumat dan kemudahan yang disediakan ini.
Selamat
melayari portal PKINK, sumber maklumat pembangunan anda.
----------------
Penggerak
Pembangunan Ummah. -------------- |