|
|
|
|
TARBUS JOHAN SUKAN RAKYAT KEPUTERAAN KDYMM AL_SULTAN KELANTAN KE 58 PERINGKAT KOTA BHARU 2008
Sukan Rakyat Sempena Menyambut UlangTahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan ke 58 peringkat Jajahan Kota Bharu telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti, Kota Jembal Kota Bharu.pada 19 Mac 2008 yang lalu. PKINK untuk kali ke 3 nya telah turut serta mengambil bahagian pada acara kali ini dengan nama Kumpulan; TARBUS. Sebanyak 4 kumpulan telah mengambil bahagian dimana pesertanya terdiri dari anggota-anggota badan kerajaan/berkanun bagi peserta lelaki dan wanita dewasa manakala bagi acara kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disediakan penganjur dari murid-murid Sekolah Rendah Kebangsaan Sering. Dibawah panas matahari sebanyak 16 acara yang pelbagai telah pertaruhkan seperti acara 'Orghe Makan Orghe', 'Cuci Bandar', 'Bolajaring', 'Hijrah', Pukul Belon Air', 'Baling Telor', 'Bakul Bertelur', 'Lari Tempurung dan Junjung Bakul'. Rata-ratanya acara yang disediakan amat kreatif dan diluar jangka setiap tahun.
Kali ini kumpulan dinamakan dengan nama 'Tarbus', 'Celana', 'Stokin Sepatu' dan 'Baju'. Dibezakan antara kumpulan adalah cara pemakaian yang kreatif dan unik malahan adakalanya pelik. Acara keseluruhan telah dimenangi oleh Kumpulan Tarbus yang diwakili oleh PKINK dan kanak-kanak Sekolah Rendah Kebangsaan Sering manakala Air Kelantan telah memenangi anugerah kumpulan paling ceria. Kedua-dua pemenang telah dihadiahkan hamper gergasi pada majlis penyampaian hadiah pada petangnya oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan.
Majlis telah diperkenan dengan keberangkatan DYMM Raja Perempuan Kelantan pada jam 3 petang untuk majlis penutupan disamping penyampaian hadiah dan juga persembahan. Para hadirin telah dihidangkan dengan persembahan senamrobik 'poco-poco' oleh kanak-kanak sekolah , persembahan kebudayaan serta jemputan artis Jaffar Onn. Majlis diserikan dengan persembahan pelbagai peringkat rakyat , dari persembahan kanak-kanak tadika hinggalah ke peringkat dewasa dalam pertunjukan gasing.
Syabas dan Tahniah untuk warga PKINK yang mengambil bahagian!
|