| Muka Utama | Galeri |

 

Majlis Perasmian Klinik Badminton PKINK dan

 Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Tertutup Klinik

 

Setelah ditunjuk ajar selama hampir setahun, satu Kejohanan Badminton Tertutup Klinik telah dapat diadakan pada 26 April 2008 yang lalu dengan dirasmikan oleh YB Hj Abdul Fatah Bin Hj Mahmood, Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO.

 

Klinik Badminton PKINK mula beroperasi sejak 7 April 2007 yang lalu dengan keanggotaan seramai 20 orang pada peringkat permulaan dan kini dalam usia setahun, ianya telah menjangkau kepada 84 orang. Teridiri daripada

kanak-kanak lelaki dan perempuan sekitar umur 7 - 12 Tahun. Latihan diadakan secara mingguan di Dewan Badminton PBKN Jalan Raja Dewa Kota Bharu dengan tenaga jurulatih daripada pemain-pemain bekas negeri dan projek Negeri Kelantan

 

Di antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk mencungkil serta mengilap bakat-bakat muda dalam sukan badminton disamping memberi pengenalan dan pendedahan awal kepada pelatih-pelatih tentang teknik bermain badminton dengan cara yang taktikal & sistematik. Melalui program ini juga akan lahir pemain-pemain yang berkalibar di peringkat Negeri Kelantan. Aktiviti bersukan dapat menyihatkan badan ke arah kecerdasan minda serta dapat mengelakan gejala sosial di kalangan anak-anak. Secara tidak langsung penubuhan klinik ini juga dapat membantu kelab, sekolah, negeri dan negara dalam sukan badminton selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan sukan badminton salah satu sukan teras negara.

 

Majlis perasmian yang telah diadakan turut dihidangkan dengan perlawanan akhir Kejohanan Badminton Tertutup Klinik, persembahan teknik latihan dan juga perlawanan pembakar semangat oleh pemain negara serta bekas No. 1 dunia Roslin Hashim serta Hafiz Hashim. Usaha gigih penubuhan Klinik ini  tidak sia-sia apabila YB dengan murah hati telah mengistiharkan geran RM10,000 untuk penubuhan Akademi Badminton  Semuga hasrat serta niat murni kearah memajukan masyarakat beroleh kejayaan dan manfaat bersama.