|
|
|
|
Kursus Kemahiran Komputer - Program Cuti Sekolah
Program Cuti Sekolah kembali lagi dengan kehadiran anak-anak anggota Kumpulan PKINK untuk mendalami bidang kemahiran penggunaan komputer. Sepanjang tiga(3) hari (3 - 5 Jun 2008) mereka telah didedahkan dengan pengetahuan asas komputer lengkap dengan pengenalan kepada Window, Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint dan Internet. Sedikit sebanyak pengisian cuti sekolah menjadi lebih bermakna dan setidak-tidaknya ilmu yang diperolehi kelak dapat membantu mereka dalam menyediakan kerja khusus sekolah mereka. Minat mereka terserlah apabila mereka juga meminta untuk ditunjukajar asas pengenalan kepada Adobe Photoshop. Syabas anak-anak ku! |