|
|
|
|
Kejohanan Kerom Piala Keua Eksekutif PKINK 2008
Kelab Sukan dan Kebajikan PKINK dengan jayanya telah menganjur satu Kejohanan Kerom Piala Ketua Eksekutif 2008 pada 20 - 21 Jun yang lalu. Terbuka kepada peminat-peminat kerom di Kelantan acara yang dipertaruihkan adalah kerom perseorangan dan bergu.
Hadiah lumayan berupa wang tunai dan hamper telah berjaya menarik minat dari pelbagai agensi kerajaan dan juga kelab untuk menyertai. Diantara penyertaan yang diterima adalah dari Kelab Paloh, Pulau Melaka, Jabatan Audit, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Jabatan Kesihatan, Jabatan Parit Saliran dan Telekom (M) Bhd.
Pertandingan telah berlangsung di tempat letak kereta serta lobi Bangunan PKINK sepanjang 2 hari kejohanan tersebut. Pertandingan diakhiri dengan kemenangan acara perseorangan berpihak kepada Mohd Rawi (Pulau Melaka) di tempat pertama, Roslee (Paloh) di tempat kedua dan tempat ketiga kepada Mat Tablir (Pulau Melaka) dan Azri (Paloh. Manakala bagi acara bergu, johan jatuh kepada Zani-Mazlan (Pulau Melaka), Naib johan kepada Azmi-Azli (Pulau Melaka), Tempat ketiga kepada Zapawi-Azani (Paloh) dan tempat keempat kepada Nik Abd Kadir-Mat Jali (PKINK).
Syabas kepada yang berjaya!
|