| Muka Utama | Galeri |

 

Program Kem Bina Insan Kecemerlangan Solat Kumpulan PKINK

Kem Bina Insan Kecemerlangan Solat Kumpulan PKINK telah diadakan dengan jayanya pada 21 - 22 April 2008 yang lalu di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

 

Menjadi hasrat kepimpinan agar program ini dapat membantu anggota-anggota PKINK khasnya dalam meningkatkan kompetensi kerja dengan menjaga amalan dan ibadat solat sebagai disiplin diri dan seterusnya membentuk budaya kerja cemerlang dan berkualiti dalam diri setiap anggota PKINK.

 

Sebanyak 9 modul telah dibentangkan dalam program ini yang terdiri daripada Mengenal Diri dan Hakikat Ketuhanan, Rukun Agama, Rahsia Al-Fatihah, Akibat dan Balasan Tinggalkan Solat, Persiapan sebelum solat, Makna dan Rahsia Bacaan Dalam Solat, Praktikal Whudu' dan Solat Dhuha, Bacaan dan Perbuatan Selepas Solat dan juga Solat Sumber Kejayaan dan Kecemerlangan. Pengisian berbentuk bengkel seperti bengkel bacaan dalam solat, tazkirah, dan qiamulail menjadi aktiviti tambahan kepada modul-modul yang disediakan.

 

Semuga mendapatkan keredhaanNYA.