|
|
|
|
Pertandingan Masakan Tradisional dan Gubahan Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan Ke 58. KEKWA membuat pertaruhan.
Acara tahunan Pertandingan Masakan Tradisional dan Gubahan sempena menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan ke 58 bagi 2008 telah berlangsung di Tapak Taman Perbandaran Tengku Anis,Tanjung Chat, Kota Bharu bermula jam 8 pagi 27 Mac yang lalu. Kali ini pertandingan mempertaruhkan 4 resipi masakan dan satu gubahan kristal. Resipi yang ditandingkan tahun ini adalah Nasi Kerabu Kuning, Acar Timun, Solok Ikan, Opok-opok dan gubahan kristal yang terdiri daripada satu set rantai, subang cincin dan gelang. Setiap peserta diminta untuk menyediakan resipi masing-masing lengkap dengan gubahan mengikut kreativiti.
Kekwa pada tahun ini adalah diantara 20 agensi tempatan yang telah mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi suasana. 4 anggota Kumpulan PKINK yang mewakili KEKWA bagi acara tersebut adalah Puan Ramla Salle(PKINK) bagi resipi opok-opok, Puan Wan Ramlah Wan Deraman (KPK) resipi Nasi Kerabu dan acar timun dan Puan Hasnah Ahmad bagi resipi solok ikan. Manakala bagi gubahan kristal KEKWA telah menurunkan Puan Faridah Che Ali (Infra Quest).
Majlis telah diperkenan dengan keberangkatan DYMM Raja Perempuan Kelantan pada jam 3 petang untuk majlis peasmian disamping penyampaian hadiah. Walaupun pernah mendapat tempat sebelum ini , kali ini KEKWA sekadar selesa dengan saguhati penyertaan. Pengalaman menyertai dan bersaing dengan mereka yang lebih pakar adalah lebih berharga. Untuk menangl kita cuba lagi di lain tahun.
|