| Muka Utama | Galeri |

 

AGM Koperasi PKINK ke 27 

 

Ahli Koperasi PKINK telah dengan izin Allah swt bertemu semula pada tahun 2008 ini dalam satu majlis yang amat dinanti-nantikan oleh ahli-ahlinya; Mesyuarat Agong Koperasi PKINK yang ke 27 di Dewan Duyung Perdana Resort, Jalan Pa'Amat, Kota Bharu pada 14 Jun yang lalu.

 

Mesyuarat kali ini berubah angin ke Perdana Resort dan nyatanya ia lebih meriah daripada sebelum ini. Ini dapat dilihat dengan keadaan dewan yang penuh, malahan ada yang memenuhi ruang jualan sepanjang mesyuarat berjalan.  Walaupun mesyuarat selesai agak lewat daripada biasa kesemua ahli yang hadir dengan setia menanti sehingga kesemua isu dan pembentangan selesai dibuat dan setiap ahli yang hadir diberi elaun kehadiran dan dividen masing-masing.

 

Dirasmikan oleh Ketua Eksekutif PKINK Tuan Hj Wan Yahya Wan Salleh, mesyuarat turut dihadiri oleh Tuan Hj Wan Muhamad Sabri Wan Harun  dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelanyan serta Prof. Madya Dr Sharifah Hayati Syed Ismail. Beliau  merupakan penceramah jemputan untuk mengisi Program seminar sempena Mesyuarat Agung Koperasi kali yang ke 27.

 

Klik sini untuk muatturun ceramah

(koopagm27_08_hayati.mp3 / 40.4MB)