jjj.jpg)
![]()
Pada 28 Jamadilawal 1427 (25 Jun 2006) yang lalu, bertempat di lobi Bangunan PKINK, Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, YBrs Wan Yahya Wan Salleh telah julung-julung kalinya merasmikan Program Sihat Cergas PKINK.
Dalam ucapan beliau, kesempatan diambil untuk menyampaikan hasratnya agar anggota-anggota mengambil berat tentang perlunya kepada menjaga kesihatan melalui pemakanan yang betul serta riadah. Pada hari program dirasmikan anggota telah mendapat ujuan kesihat secara percuma oleh Persatuan Bulan Sabit Malaysia. Anggota-anggota telah dapat memanfaatkan program tersebut melalui khidmat nasihat pakar perubatan PBSM melalui keputusan ujian perubatan yang dilakukan pada hari tersebut.
Acara perasmian telah diikuti dengan program mendaki tangga hingga ke tingkat 6. Walaupun hanya ke tingkat 6, kami tetap berpeluh! Program ini juga akan diteruskan pada setiap pagi Ahad bermula jam 8 pagi sebagai satu acara yang menyihatkan dan menyegarkan bagi memulakan minggu bekerja. Program mendaki tangga akan diteruskan dengan bilangan anak tangga yang akan terus meningkat dari minggu ke minggu. Syabas !!!