MAJLIS BERSAMA JABATAN 

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

 

 

| Sejarah | Tujuan Ditubuhkan | Bidang & Fungsi | Keahlian | JawatanKuasa | Pencapaian | Laman Utama |

 

Sejarah

 

 MajlisWhitley ditubuhkan dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah berusaha untuk menghidupkan kembali Jentera Perundingan dalam “PerkhidmatanAwam” Beberapa kerajaan telah dibuat terhadap masalah ini dan hasilnya satu Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 1973 telah dikeluarkan. Pekeliling Perkhidmatan ini telah mewujudkan satu bentuk Jentera Perundingan yang dibahagikan 3 peringkat dan salah satu daripada peringkat tersebut adalah Majlis Bersama Jabatan.

 

 

Tujuan Majlis Bersama Jabatan ditubuhkan:

  • Untuk mendapatkan kerjasama di antara pihak majikan (jabatan kerajaan) dan pihak pekerja di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelancaran kerja dan kebajikan pekerja-pekerja.

  • Untuk menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja.

  • Untuk mendapatkan dan mengumpulkan buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi Kementerian / Jabatan / Badan Berkanun.

Jika tujuan majlis dapat dicapai, maka kesan-kesan sampingan yang berfaedah seperti yang disenaraikan akan dapat dirasai oleh sesebuah organisasi tersebut.

  • Memperbaiki perhubungan dan sikap

  • Kepuasan bekerja

  • Menaikkan semangat

  • Meningkatkan daya pengeluaran

  • Meningkatkan kuliti kerja

  • Mengurangkan kos

  • Pembangunan kemajuan pekerja

  • Sikap hormat-menghormati di antara pekerja dan pengurusan

  • Pengurangan pembaziran

  • Penyelesaian masalah

  • Mengurangkan aduan-aduan oleh pekerja

  • Meningkatkan penglibatan pekerja

  • Pekerja lebih menunjukkan minat dalam bidang masing-masing

 

 

Bidang dan Fungsi

Membincangkan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada berkaitan dengan pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan.

 

  • Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab terhadap kerja-kerja mereka dan mematuhi setiap syarat-syarat dibawah organisasi yang mereka jalankan.
  • Menggalakkan kakitangan mengambil bahagian dalam perbincangan –perbincangan untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih mengenai pentadbiran pelbagai jabatan.
  • Menerima cadangan dan komen daripada pekerja untuk memperbaiki perjalanan organisasi agar berjalan dengan lebih lancar.

 

 

Keahlian

Majlis Bersama Jabatan bagi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (  disebut sebagai ‘Majlis’) mestilah mengandungi 9 orang ahli termasuk Pengurusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha. 4 orang ahli dilantik oleh Pengurus Besar PKINK ( disebut sebagai ‘Pihak Pegawai’) dan 5 orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja PKINK ( disebut sebagai ‘Pihak Pekerja’).

 

 

Ahli Jawatankuasa Sessi 2007/2008
Pengurusan Anggota

Hj Wan Yahya Wan Salleh - Pengerusi

Mohd Rozi Mohd Nor - Timbalan Pengerusi

Ahli :

Mohd Fauzi Taib - Setiausaha Bersama (Pengurusan)

Hj Wan Adnan Wan Ab Kadir

Datin Hajjah Rosnelli Kundor

Ahli:

Wan Azizan Wan Yakob  -  Setiausaha Bersama (Anggota)

Ridzuan Sidek

Hawa M Saleh

Hj Azman Hassan

Surina Ab Ghani

Azmi Daud