| Majlis HiTea
Pesona Busana Anggun
bersempena dengan
Pengistiharan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam telah
diadakan pada 29 Syaaban 1426 / 3 Oktober 2005 di Dewan Bunga
Tanjung Hotel Perdana Kota Bharu pada jam 2.00
petang. KEKWA amat terharu dengan kepercayaan yang diberi oleh Kerajaan
Negeri Kelantan untuk bersama-sama menganjurkan majlis tersebut. Majlis
telah dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Kelantan, Datin
Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Seramai 600 hadirin yang terdiri dari
wanita telah meraikan majlis tersebut dan rata-rata terhibur dengan
santapan acara yang disediakan, peragaan busana telah menampilkan
persembahan fesyen dari butik Melor Apparel dan
Benang Kapas oleh seramai 6 orang
model professional yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur.
Waheeda turut menerima undangan dan beraksi dengan menyampaikan tiga buah
lagu, Salamat, Cinta dan Binafsha. Disamping menyanyi penyanyi
jelita itu juga turut sempat bertazkirah sebagai cara beliau
berdakwah.
Diantara isi ucapan perasmian yang
disampaikan, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah beliau
berharap agar golongan wanita di negeri Kelantan turut
merialisasikan moto 'Comel Sokmo' seperti yang dilaungkan oleh Majlis
Bandaraya Islam Kota Bharu pada diri masing-masing. Katanya, tema 'comel
sokmo' hendaklah diabadikan pada diri sama ada mencangkupi dalam atau
luaran agar ianya tidak lari dari landasan hidup sebenar.
"Comel sebenar menurut pandangan
Islam bukan hanya dari segi luaran, tetapi ianya mencangkupi iman dan
taqwa agar ianya sentiasa comel atau sempurna," pesannya.
Menyentuh tentang busana yang pelbagai
fesyen rekaannya, beliau berkata selagi ia tidak menepati ciri-ciri
menutup aurat, ia tidak tergolong dalam kaedah menutup aurat yang sebenar. Biarpun
busana mahal atau direka dari fabrik menarik, tidak
mempunyai sebarang erti sekiranya fesyen tersebut tidak menutup aurat.
Sesuai dengan agenda untuk 'wanita sahaja'
para hadirin termasuk warga kerja majlis , pemberita dan jurukamera
/ video juga tidak terkecuali.
|


... more pictures coming
soon
|
Terima Kasih tidak
terhingga dari pihak penganjur diatas kerjasama semua yang terlibat;
dari anggota kerja hingga kepada yang memberi sumbangan tidak
mengira besar atau kecil, kepada para hadirin dan juga para
media. Hanya ALLAH sahaja yang akan membalas jasa kalian. Wassalam. |
|