|
Tribute Untuk Ibu-Ibu - Sambutan Hari Ibu KEKWA 2007 |
|
|
|
|
|
Klik foto untuk tatapan besar
|
CINTA IBU MEMBAWA KE SYURGA - Sejajar dengan tema Hari Ibu tahun ini, "Dekat Padamu" , KEKWA julung kalinya meraikan seramai 40 pasangan ibu dan anak dalam satu majlis yang penuh meriah pada 19 Mei 2007 sebagai penghargaan yang tidak terhingga kami kepada insan yang bernama ‘Ibu’.Bertempat di Restoran Sri Chengmai, Taman Sri Cemerlang, hadirin telah dihidangkan dengan santapan rohani oleh Ustazah jemputan; Ustazah Mariam seorang pendakwah bebas Harakah serta bekas pengetua Maahad Pasir Pekan, Kota Bharu dan diteruskan dengan jamuan tengahari masakan panas Thai.
Detik yang paling indah pada hari tersebut adalah apabila kesemua anak-anak menghadiahkan ibu masing-masing dengan sejambak bunga mawar merah. Perasaan yang bercampur baur, antara senyum dan tangis, antara suka dan duka diantara ibu dan anak jelas dirasai semua. Terima Kasih Ibu, jasa dan pengorbanan mu demi kebahagiaan keluarga tidak terbalas oleh kami. Tiada kayu pengukur yang mampu menilai dan menimbang keagungan kasih sayang ibu.
Dekatilah diri kita dengan ibu tersayang bukan sahaja pada Hari Ibu tetapi setiap masa. Kasihi mereka jangan seperti embun di hujung rumput. Jadikan kasih sayang itu abadi. Khusus buat ibu-ibu yang telah kembali ke rahmatullah pula, sama-sama lah kita memanjatkan doa agar roh mereka dicucuri Rahmat bersama-sama hambaNYA yang beramal soleh dan beriman. Amin… |