Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Waris Anggota SPP Terima Sumbangan 0

Posted on 29, November 2018

in Category Aktiviti / Berita


Waris Anggota SPP Terima Sumbangan/aktiviti berita  Waris Anggota SPP Terima Sumbangan/aktiviti berita  Waris Anggota SPP Terima Sumbangan/aktiviti berita

KOTA BHARU 29 Nov : Suami kepada anggota SPP Development Sdn Bhd, Allahyarham Noraini Osman yang meninggal dunia pada 25 Oktober lalu menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM193,022.13 bagi pihak isterinya.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SPP Development Sdn Bhd, Dato’ Hassan Mohamood kepada suami Allahyarham, Mohd Bajli Mat Jusoh.

Hassan berkata, sumbangan itu sebahagian daripada sumbangan syarikat dan perlindungan takaful untuk membantu meringankan beban anggota syarikat itu.

“Malah, ia juga adalah inisiatif jangka panjang di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk membantu keluarga anggota yang ditimpa musibah.

“Ia juga dapat mengurangkan beban kewangan sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidurrasul dan Penyampaian Skim Faedah Kematian disini, hari ini.

Turut hadir pada penyampaian itu, Ahli-ahli Lembaga Pengarah SPP Development, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan Dan Pembangunan) PKINK, Mohamad Nasriff Daud dan Pengurus Besar SPP Development, Wan Salmiah Jaafar.

Pada majlis tersebut turut diadakan ceramah sempena sambutan maulidurrasul yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Dato’ Dr Johari Mat.