Articles

 

SOALAN LAZIM : BAHAGIAN USAHAWAN, IKS & ANTARABANGSA

 

 

| Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa | Perancangan Korporat & Pengurusan Maklumat | Kewangan | Khidmat Teknikal|
Industri & Infrastruktur Pengurusan Sumber Manusia | Hartanah & Sumber Asli | Audit Dalaman |

 

 

   1. Sekiranya saya seorang usahawan dan ingin memajukan diri dan perusahaan saya, apakah yang patut saya lakukan? 

Adalah dicadangkan anda mengikuti kursus dan seminar yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi dengan  menghubungi terus kepada;

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

 

Aras 2-3, Blok Menara, Menara Usahawan,

No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2,

62652 PUTRAJAYA.

Tel: 03-88805151/5171/5182/5195/5162/5165/5091

Fax: 03-88805152/5199 

 

Atau

 

Berdaftar dengan kami untuk rekod dan kemaskini disamping digalakkan untuk mengunjungi kami di alamat yang berikut;

 

 

Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK),

Tingkat 7, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani,

15710 KOTA BHARU.

Tel: 09-7414141

Fax:09-7414131

Anda boleh hubungi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  (Zainul Amin bin Mat Zin) untuk maklumat lanjut

 

2.Apakah kelebihan sekiranya kami mendaftar dengan Bahagian Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan? Anda digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan kami agar anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat terkini yang boleh membantu anda dan perusahaan anda. Pihak kami akan menghubungi pengusaha yang berdaftar sahaja untuk program-program kami yang akan diadakan.  

 

3.Saya sudah mempunyai produk tetapi ia tidak begitu dikenali. Apakah yang boleh kami lakukan? Sila bawa sampel produk anda bersama risalah atau lain-lain maklumat untuk dipamerkan di sudut pameran kami. 

 

 4.Dimanakah patut saya rujuk sekiranya saya menghadapi masalah dari segi pembungkusan dan pelabelan produk? Anda dialu-alukan supaya menemui kami untuk mendapatkan pandangan dan nasihat melalui perkongsian pengalaman dan sumber rujukan. 

 

 5.Anda memerlukan maklumat tentang pengusaha lain untuk dikenali sebagai rakan niaga ? Dengan menemui kami, anda boleh diperkenalkan dengan senarai usahawan-usahawan yang telah pun mendaftar dengan kami untuk anda dekati mereka mengikut kesesuaian anda.  

 

6.Bagaimana sekiranya saya menghadapi masalah dari segi modal dan sumber kewangan ? Kami bukan merupakan agensi biaya, walaubagaimanapun kami dapat membantu dengan membekalkan anda maklumat tentang agensi berkaitan yang boleh anda hubungi untuk urusan pembiayaan.  

 

7.Adakah kami akan dikenakan apa-apa bayaran? Perkhidmatan kami tidak berbayar dan ‘Bantu Kami Untuk Membantu Anda’ adalah slogan kami. Walaubagaimanapun pastikan anda datang menemui kami dengan matlamat yang jelas, insyallah anda akan pulang dengan maklumat dan manfaat. 

myGoverment 1malaysia Kelantan MAMPU MSC SPA JPA SPR HRMIS My Ideas iim Islam Grid  

 

Mobile Web  Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani,15710 Kota Bharu, Kelantan.
No Tel : +609-7414141 No Fax : +609-7414140
E-Mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Peta Laman  |  Dasar Keselamatan  |  Dasar Privasi  |  Penafian