2 April 2012 / 10 Jamadilawal 1433H, Perdana Resort, PCB. Bahagian Perancangan Korporat telah menganjurkan Bengkel Transformasi PKINK dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia PKINK serta Syarikat UB Consult Sdn Bhd. Bengkel separuh hari tersebut yang telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Husam B. Musa, telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih dari 80 jemputan memenuhi dewan tersebut. Antara kenamaan yang dijemput adalah ahli Jawatankuasa Khas Pelan Transformasi PKINK (yang juga merupakan ahli Lembaga Perbadanan), Pengerusi Syarikat Anak Kumpulan, Pengurusan Tertinggi dan anggota Kumpulan Pengurusan & Professional Perbadanan serta Pengurus Besar dan Penguruan Kanan Syarikat-syarikat Anak Kumpulan. Plan transformasi tersebut dibentangkan oleh Ybhg. Hj. Dato’ Azmi Bin Mohd Ali yang merupakan seorang peguam tersohor, yang jua merangkap ahli Lembaga Perbadanan. Sokongan penuh yang dizahirkan oleh kesemua peserta bengkel terutama YB Hj. Zulkifli B. Mamat (Pengerusi Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd), ternyata memberikan suatu tenaga dan semangat baru kepada Kumpulan PKINK dalam menongkah perubahan yang direncanakan bagi mencapai sasaran visi dan misi Kumpulan.
GUA MUSANG, 17 April: Kejayaan Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd yang menerajui perubahan dalam sektor perladangan terbukti lagi apabila sebuah anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan mengumumkan pemberian bonus 11 bulan gaji kepada anggotanya. Selain itu seramai 83 anggotanya yang berkhidmat lebih 10 tahun turut diberi geran hak milik tanah. Pengumuman bonus dan penyerahan geran tersebut disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd, Datuk Omar Mohamad baru-baru ini.Hadir sama di majlis berkenaan, anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perladangan PKINK Berhad, Zazali Japar. Pada majlis itu juga seramai 23 anak kakitangan syarikat Ladang Sungai Terah yang cemerlang dalam peperiksaan menerima sumbangan disampaikan Siti Zailah.

Portal terbabit yang dibangunkan ICT Incubator Centre Sdn Bhd milik Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan bukan sahaja diwujudkan untuk memperkenalkan budaya dan adat resam negeri ini malah sebagai sebuah destinasi pelancongan pilihan. Ia telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Hj Ahmad Yakob pada 25 Januari lalu sempena Ekspo Perdagangan Industri Kreatif Islam Antarabangsa Kelantan (KITE) 2012. Turut hadir pada majlis pelancaran, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Haji Sabri Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr. Mohamed Fadzli Hassan.
Kota Bharu - PKINK bersama 12 agensi kerajaan telah menyertai program perarakan kereta berhias yang telah diadakan pada 3 Mac 2012. Ini adalah kali pertama penyertaan dari PKINK. Perarakan begitu meriah pada malam tersebut dengan tarikan lampu-lampu yang bersinar dan hiasan-hiasan di atas kereta-kereta berhias sehingga menarik ramai pengunjung untuk melihatnya. PKINK membuat kereta berhias dengan menggabungkan semua projek-projek yang dibina.
![]() | Hari Ini | 36 |
![]() | Semalam | 70 |
![]() | Minggu Ini | 36 |
![]() | Bulan Ini | 1830 |
![]() | Keseluruhan | 2935 |