warna4    
msen
A- A A+

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

1. Bolehkah pegawai awam menerima tambang tiket penerbangan percuma yang ada kaitan dengan tugas rasmi?

Tidak boleh kerana menjurus kepada kesalahan jenayah rasuah di mana sebagai balasan bagi sesuatu kerja yang telah diberikan. ( Rujuk Para 12 PP 3/1998 )

2. Bolehkah pihak Syarikat Kerajaan Berkepentingan (GLC) memberikan sumbangan hamper kepada pihak Jabatan Kerajaan sempena musim Perayaan untuk menjalinkan hubungan dengan pelanggannya ?

Pihak GLC mungkin mempunyai polisinya tersendiri tentang pemberian atau penerimaan hadiah. Walau bagaimanapun sekiranya pemberiaan ini mempunyai niat jenayah sebagai mendapat tender dan sebagainya maka ianya menjadi kesalahan rasuah.

3. Bagaimana sekiranya pihak GLC pemberiaan hamper itu kepada pihak swasta sebagai mengeratkan perhubungan pelangganya?

Ianya bergantung kepada polisi syarikat swasta berkenaan. Walau bagaimanapun jika mempunyai niat jenayah rasuah, ianya menjadi kesalahan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

4. Bolehkah GLC menerima hadiah daripada individu atau syarikat swasta?

Ianya bergantung kepada polisi GLC. Walau bagaimanapun jika mempunyai niat jenayah rasuah, ianya menjadi kesalahan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

5. Bolehkan pihak GLC memberikan sumbangan kepada Jabatan Kerajaan sebagai promosi kepada produk atau perkhidmatannya?

Ianya bergantung kepada polisi GLC. Walau bagaimanapun jika mempunyai niat jenayah rasuah, ianya menjadi kesalahan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

6. Seorang pegawai kerajaan telah menerima wang tunai bernilai RM500.00 dalam Musim Perayaan daripada individu yang  sering  berurusan rasmi dengan jabatan dan dalam keadaan yang sukar ditolak. Beliau kemudian melaporkan kepada Ketua Jabatannya. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatannya.

Tindakan pegawai kerajaan berkenaan adalah bertepatan dengan Peruntukan PP 3/1998. Dari segi tindakan Ketua Jabatan beliau perlulah memikirnya dari segi kepentingan jabatan keseluruhannya. Memandangkan nilainya tidak sepadan dan berkaitan dengan tugas rasmi, maka Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai itu memulangkan kembali kepada pemberi.

Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today319
Yesterday202
This week536
This month5395
Total25801

2019-11-14

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 13 November 2019, 17:24:36.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Please publish modules in offcanvas position.