warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 29 Sept - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Haji Ab Aziz Bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Cawangan Bank Rakyat Kota Bharu, Encik Ghazi Omar.

Pertemuan ini bertujuan mengeratkan silaturahim di samping membincangkan kerjasama antara PKINK dan Bank Rakyat pada masa akan datang. Selain itu, turut dibincangkan bersama berkenaan kesedaran dan kemahiran serta solusi pengurusan kewangan dalam kalangan anggota PKINK sebagai persediaan mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19. 

Turut hadir Encik Rosdi Zakaria (Ketua Unit Pembiayaan) Bank Rakyat Cawangan Kota Bharu.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 18 Nov - Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) diadakan di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa En Radzali Bin Hussin yang bakal bersara wajib bermula 21 November 2020.

 Majlis yang diatur secara ringkas tatkala bilangan kes jangkitan COVID-19 yang sedang meningkat pada masa ini diharapkan dapat diabadikan dan dijadikan sebagai tanda kenangan terindah buat beliau yang telah berkhidmat selama 15 tahun di PKINK. Cenderahati persaraan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P) PKINK, Tn Hj Mohamad Nasriff Bin Daud mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK. Perbadanan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas perkhidmatan cemerlang beliau di PKINK.

 Turut hadir, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, En Ahmad Nazri Bin Hj Ismail dan Pengurusan Kumpulan PKINK.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 17 Nov – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Yayasan Iktisad Darulnaim (Yayasan) memberikan sumbangan komputer riba kepada Muhammad Khairuldin Al Hafiz Bin Ismail, seorang pelajar Diploma Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Tingkat 11, Bangunan PKINK hari ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tn Hj Mohamad Nasriff Bin Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P). Beliau turut berpesan kepada penerima agar berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan manfaatkan sepenuhnya diploma yang diterima nanti untuk membina kerjaya di masa akan datang.

Turut hadir En Syarqawey Bin Abdul Ghani, Timbalan Pengurus Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK dan pihak pengurusan Yayasan Iktisad Darulnaim (Yayasan).

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DABONG, 11 Nov - Kelab Sukan & Kebajikan Kumpulan (KSKK) PKINK telah menganjurkan Program KB-Dabong Breakaway (Berbasikal Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK) pada 11 hingga 12 November 2020. Penyertaan peserta program ini seramai 51 orang yang terdiri daripada ahli-ahli KSKK di Perbadanan dan Syarikat Anak.

Program bermula dengan ucapan perasmian dan pelepasan peserta yang disempurnakan oleh YABrs. Tn Hj Abd Aziz Bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK di Kilang Sawit Tapis. “Para peserta Program KB-Dabong Breakaway perlu mengamalkan ‘safe-cycling’ dan saya mendoakan semua peserta tiba ke destinasi dengan selamat”, ujar beliau sebelum membuat pelepasan.

Kayuhan sejauh 23km di laluan berbukit amat menguji ketahanan mental dan fizikal para paserta tamat di Jelawang Pipe Resort di mana peserta program bermalam. Para peserta berpeluang menyertai aktiviti lasak menunggang ‘All Terrain Vehicle (ATV)’ menyelusuri trek hutan di persekitaran kawasan penginapan.

Turut hadir Tn Hj Mohamad Nasriff Bin Daud, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (P&P); En Hishamuddin Bin Hussein, Yang DiPertua KSKK; En Asmadi Bin Abd Rahman, Pengarah Program KB-Dabong Breakaway; Tn Hj Ahmad Nordin Bin Abdullah, Pengurus Besar Kilang Sawit Tapis; Pengurus-pengurus Bahagian dan Pengurus-pengurus Besar Syarikat Anak.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 5 Nov –Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebagai agensi terawal yang mempelopori pembudayaan UMI dalam organisasi meneruskan agenda pembudayaan dan penghayatan UMI melalui Program Kuliah Pembudayaan UMI di Surau Raudhatul Iman, Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah tersebut telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Dr Johari bin Mat, Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG). Program ini dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah.
 
Sejajar dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang diperkenalkan semasa kepimpinan Mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada tahun 1990, pembudayaan Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan ini memainkan peranan penting dalam membentuk pentadbiran dan melahirkan penjawat awam yang ikhlas, berintegriti dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.
 
YBhg Dato’ Dr Johari Bin Mat mengingatkan bahawa segala kerja yang dibuat akan dijadikan bekalan untuk menghadap Allah SWT kelak, maka sentiasalah memohon keampunan dari-Nya atas segala kesilapan dan kekurangan kita. Jadikanlah kerja yang dibuat sebagai ibadat dan sunnah dengan menyelesaikan sebarang permasalahan dengan jalan yang diredhai Allah SWT.
 
Kuliah yang diadakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini diadakan mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP) dan dihadkan kehadiran akan diteruskan di minggu-minggu yang akan datang. Anggota-anggota lain turut berpeluang untuk mendengar kuliah ini melalui pembesar suara di pejabat masing-masing.
 
Turut hadir YABrs Tn Hj Abd Aziz Bin Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK; Tn Hj Mohamad Nasriff Bin Daud @ Daud Yatimee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (Perancangan & Pembangunan) PKINK; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan PKINK; dan Pengurus-pengurus Kumpulan PKINK.
PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today166
Yesterday508
This week3772
This month18949
Total332730

2021-02-28

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 24 February 2021, 16:36:05.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas