warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

KERAJAAN KELANTAN LANCAR APLIKASI DIGITAL KELANTAN PAY

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

KOTA BHARU, 15 Sept - Aplikasi digital Kelantan Pay yang berfungsi sebagai satu sistem pembayaran bersepadu secara atas talian untuk Kerajaan Negeri Kelantan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan agensi swasta dilancarkan hari ini oleh Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Bin Abdullah. Aplikasi yang dibangunkan oleh Kelantan ICT Gateway (KIGSB) syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) ini dijangka mampu menggalakkan aktiviti ekonomi negeri melalui transaksi bayaran tanpa tunai yang disediakan. Aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Play Store untuk pengguna android serta App Store bagi pengguna IOS. Para pengguna boleh membuat pembayaran dalam talian menggunakan kaedah Financial Process Exchange(FPX), kad kredit, kad debit dan e-dompet yang lebih mudah dan cepat di mana-mana sahaja. Dato' Mohd Amar berkata aplikasi ini adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha mempersiapkan Kelantan ke arah transformasi digital dalam perkhidmatan kerajaan. Jelasnya, langkah itu juga selari dengan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kebergantungan terhadap teknologi digital di seluruh negara susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung pandemik COVID-19. “Kerajaan Negeri menyasarkan penggunaan Kelantan Pay akan meningkat dari semasa ke semasa menjelang akhir tahun ini apabila kesemua PBT menggunakan aplikasi ini secara sepenuhnya untuk terimaan bayaran lesen, cukai bandar dan pelbagai bentuk bayaran lain,” katanya.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today1177
Yesterday874
This week2051
This month32270
Total214978

2020-09-29

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 29 September 2020, 16:13:40.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas