warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Permodalan Kelantan Berhad Bantu Pelanggan Ar Rahn

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
 
KOTA BHARU 11 Mei : Permodalan Kelantan Berhad (PKB) adalah sebuah syarikat dalam Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang merupakan pengendali sistem pajak gadai Islam Ar Rahn tampil membantu 1,000 orang pelanggan yang terdiri daripada golongan B40 menerusi Program Musa’adah Ar Rahn.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, pihaknya memperuntukkan lebih RM50,000 sebagai sumbangan kepada pelanggan yang layak.
 
“Agihan sumbangan ini ditentukan berdasarkan senarai penerima yang telah dikenalpasti di 15 cawangan Ar Rahn di seluruh negeri Kelantan,” katanya.
 
Beliau berkata usaha itu adalah salah satu perkongsian rezeki bersama rakyat yang sedang menghadapi kesukaran akibat krisis wabak Covid-19 yang telah menjejaskan pendapatan mereka tatkala  menyambut Ramadan tahun ini.
 
“Walaupun program kali ini berbeza berbanding tahun sebelum akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kebajikan rakyat tetap diutamakan walau dalam keadaan terhad.
 
Selain infak sumbangan kepada mereka yang memerlukan, program ini juga sebagai penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada sistem gadaian Islam,” katanya selepas melancarkan Program Sumbangan Ramadan PKB di Kelantan Trade Center hari ini.
 
Turut hadir, Pengurus Besar PKB, Ramilan Abdul Rahman dan Pengurus Kanan Kewangan PKB, Azly Othman.
PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today103
Yesterday728
This week831
This month2279
Total162231

2020-08-04

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 03 August 2020, 15:48:36.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas