warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN HRPZ II DIHARGAI

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU: Ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19, barisan doktor, jururawat serta kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan semua hospital di seluruh negara merupakan barisan hadapan yang setia menggalas tugas mengekang wabak yang sedang tular ini.

Barisan hadapan ini bekerja siang dan malam bagi memastikan para pesakit yang positif Covid-19 kembali sembuh dan tidak menjangkiti orang lain.

Mengambil kira komitmen dan pengorbanan mereka, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tampil untuk memberikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan yang bertugas dengan menyediakan makanan tengah hari kepada mereka yang terlibat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud berkata, sebanyak 315 pek makanan tengah hari diserahkan untuk diagihkan bermula hari ini selama 5 hari berturut-turut untuk semua kakitangan HRPZ II yang bertugas.  

“Mereka bertungkus lumus melaksanakan tugas tanpa sempat memikirkan soal makan minum, penat dan lelah. Sumbangan ini adalah tanda penghargaan dan terima kasih  serta sebagai cara kami bagi menzahirkan keprihatinan dan sokongan moral kepada mereka,” katanya selepas membuat penyerahan makanan di HRPZ II, Kota Bharu hari ini.

Turut hadir bersama Pengarah HRPZ II Dato' Dr Selasawati Ghazali, Timbalan Pengarah I HRPZ II Dr Mohd Azman Yacob, Timbalan Pengarah III HRPZ II Dr Tengku Annas Fathy Tengku Ahmad dan Pengurus Hotel Al-Ansar Atira Ludin.

Mohamad Nasriff turut berharap orang ramai senantiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 yang telah menjadi pandemik sebagaimana yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Sementara itu, Dato’ Dr Selasawati merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad, Yayasan Iktisad Darulnaim dan Hotel Al-Ansar yang sentiasa prihatin serta hadir memberi sumbangan kepada pihak hospital setiap tahun.

“Tempoh ini merupakan satu tempoh yang amat mencabar buat kami. Sumbangan sebegini dapat meringankan beban untuk  kami terus berkhidmat dan  menghadapi cabaran demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today527
Yesterday577
This week527
This month3801
Total107421

2020-04-06

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 01 April 2020, 19:43:20.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas