warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

KEJOHANAN DART DAN KAROM TERTUTUP KELANTAN 2020 KUKUHKAN SEMANGAT PERPADUAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KOTA BHARU 9 Feb : Kejohanan Sukan Dart (Beregu) dan Karom (Beregu) Tertutup Kelantan 2020 Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK anjuran PKINK membuka ruang kepada peminat 'indoor games' untuk mengembangkan bakat.

Kejohanan yang diadakan melalui kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK), Kelstone Sdn Bhd dan UTC Kelantan berjaya menarik penyertaan 100 regu bagi kedua-dua acara tersebut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan Zuraidin Abdullah berkata, agensi kerajaan perlu meneruskan aktiviti penganjuran program sukan sebagai satu medan riadah yang mana terbukti berkesan dalam memupuk semangat kerja berpasukan dan mengeratkan antara anggota perkhidmatan awam dan masyarakat.

“Selain terlibat dengan aktiviti sosial dan kebajikan, penganjuran kejohanan sebegini akan membentuk anggota perkhidmatan awam yang cergas, aktif, berdisiplin serta mempunyai daya saing tinggi dalam mendepani setiap cabaran di tempat kerja.

"Selaras dengan hasrat memperkasa perkhidmatan awam, saya berharap usaha dilaksanakan oleh PKINK akan berterusan bagi memastikan PKINK kekal gemilang bukan sahaja di dalam perniagaan malah di acara-acara sukan" katanya ketika berucap pada majlis perasmian Kejohanan Sukan Dart (Beregu) dan Karom (Beregu) Tertutup Kelantan 2020 Piala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab. Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Nik Kamil Amirah Nik Ab. Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan), Mohamad Nasriff Daud, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Nazri Bin Ismail dan Yang DiPertua KSKK PKINK, Nor Azuwan Salleh.

Johan bagi acara Dart menjadi milik regu daripada KESEDAR, Wan Mohd Nazri Wan Mustapa dan Mohd Zamrol Mohd Bakri yang membawa pulang wang tunai RM1,200.00, medal dan piala pusingan. Naib Johan menjadi milik regu COP II, Ezuwan Esnin dan Musmadi Che Mamat dan membawa pulang wang tunai RM 800.00 dan medal.

Manakala,tempat ketiga bersama menjadi milik regu daripada PKINK D, Abdul Hafizh Ikmal Hassan dan Abu Bakar Harom dan regu JUPEM C, Asmawi Ghazali dan Rokman dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM400.00 dan medal.

Bagi acara karom pula, Johan menjadi milik regu daripada Kelab Karom Paloh Pintu Geng (KKPPG), Mohammad Faris Che Roher dan Mohd Rosdie Ibrahim yang membawa pulang wang tunai RM1,500.00, medal dan piala iringan. Naib johan menjadi milik regu KESUKMA MAAJARI, Mohammad Abdul Hafizz Abdullah dan Ahmad Abdul Fatah Ahmad Rahimi yang membawa pulang wang tunai RM1000.00 dan medal.

Manakala tempat Ketiga menjadi milik regu daripada Kelab Karom Pulau Melaka Senang Jaya (KKPMSJ), Baharuddin Saud dan Mohamad Fakhram Norazmi dengan membawa pulang wang tunai RM600.00 dan medal.

PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today663
Yesterday1049
This week6396
This month18783
Total201491

2020-09-20

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 17 September 2020, 12:13:20.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas