warna4    
msen
A- A A+

Berita PKINK

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 1 April – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-7 bagi tahun 2021 di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Kuliah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Saibon bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).

Beliau mengupas buku Adab Seorang Muslim terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan menekankan tiga elemen utama sebagai seorang Muslim iaitu, taat kepada Allah; rasa takut kepada Allah; dan sentiasa berharap kepada Allah. Al-Fadhil Ustaz berkata bahawa “Seorang Muslim haruslah bekerja niat semata-mata kerana Allah dan mengharapkan pahala-Nya agar dapat masuk syurga Allah di akhirat kelak.”

Kuliah ini disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 25 Mac – Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-6 bagi tahun 2021 telah diadakan di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK hari ini. Program bermula dengan solat sunat Dhuha yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Yusizurin bin Mat Yunus, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Kuliah Pengukuhan Pembudayaan UMI kali ini mengupas kitab ‘Iman dan Kehidupan’ atau ‘Al-Iman Wal-Hayat’ karangan Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi yang menjelaskan pegangan, amalan dan gaya hidup sebenar seorang mukmin. Al-Fadhil Ustaz berpesan “Seorang mukmin mempelajari ilmu bukan sahaja diresap ke dalam jiwa, bahkan ilmunya dibiaskan pula melalui amalan yang soleh.”

Kuliah ini turut disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Pengurus Kanan Pelaburan dan Tugas-tugas Khas Kumpulan, Encik Hishamuddin bin Hussein; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Encik Ahmad Nazri bin Haji Ismail; Pengurus Kanan Perancangan Korporat Kumpulan, Hajah Nik Farzimar binti Nik Omar dan Pengurus-pengurus Kumpulan.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 24 Mac – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah mengadakan Majlis Meraikan Khidmat Bakti Anggota di Dewan Makan VIP, Bangunan PKINK bagi meraikan persaraan dan menghargai jasa En. Abdul Rahman bin Mat yang telah bersara wajib bermula 21 Mac 2021.

Majlis yang diatur secara ringkas diharapkan dapat diabadikan dan dijadikan sebagai tanda kenangan terindah buat beliau yang telah berkhidmat selama 40 tahun di PKINK. Cenderahati persaraan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus. Perbadanan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas perkhidmatan cemerlang beliau di PKINK.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Encik Ahmad Nazri Bin Haji Ismail dan Pengurusan Kumpulan PKINK.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

KOTA BHARU, 23 Mac – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus menerima kunjungan hormat daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Negeri Kelantan di Bilik Gerakan, Tingkat 11, Bangunan PKINK pada jam 10 pagi hari ini. DPPM merupakan satu pertubuhan yang bergiat aktif membangunkan perniagaan bumiputera di seluruh Malaysia.

DPMM Kelantan yang dipimpin oleh Wan Zulkifli bin Wan Abdullah, Yang Dipertua DPMM Kelantan mengetuai kunjungan hormat ini bagi tujuan memperkenalkan pengurusan baru DPMM Kelantan dan mencari peluang untuk bekerjasama dengan PKINK dalam membangunkan ekonomi dan keusahawanan di Negeri Kelantan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK, Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengurus Kewangan Kumpulan, Encik Ahmad Faizol bin Ab Aziz; Pengurus Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa Kumpulan, YM Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman; Setiausaha Kehormat DPMM Kelantan, Encik Umar Imran bin Sharudin; Pengerusi Dewan Muda, Wan Abdullah Hassan bin Wan Azmi; Pengerusi Dewanita, Junaida binti Abdul Aziz; dan Pengurusan DPMM Kelantan.

Previous Next

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
KOTA BHARU, 18 Mac –Kuliah Pengukuhan Pembudayaan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan (UMI) Kali Ke-5 bagi Tahun 2021 telah diadakan di Surau Raudhatul Iman Tingkat 5, Bangunan PKINK pada hari ini. Program bermula dengan solat sunat Dhuha berjemaah dan bacaan zikir pagi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Haji Ab Aziz bin Yunus.
 
Pengkuliah jemputan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Hafiz bin Mat Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan (Dakwah & Tarbiah), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) meneruskan kupasan dari siri kuliah minggu terdahulu berkaitan hukuman qisas dalam syariah Islam. "Syariat Al-Quran adalah lebih universal (sesuai untuk alam mengikut zaman) berbanding kitab-kitab samawi yang terdahulu", Al-Fadhil Ustaz berkata.
 
Kuliah ini turut disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi PKINK. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat), Haji Nik Kamil Amirah bin Nik Ab Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan), Haji Mohamad Nasriff bin Daud; Pengurus-pengurus Kanan Kumpulan dan Pengurus-pengurus Kumpulan.
PERBADANAN KEMAJUAN IKTISAD NEGERI KELANTAN

Tingkat 4-11, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, Peti Surat 142, 15710, Kota Bharu Kelantan.

Tel : 09-7414141
Fax : 09-7414140
Web: www.pkink.gov.my
Email: pkink@pkink.gov.my

Kaunter Pelawat

Today308
Yesterday688
This week5117
This month8206
Total365296

2021-04-11

Pautan Luar

Jata Negara 50x50           mampu 50x50           JPA 50x50
 Jata Kelantan 50x50      mdec 50x50     spa 50x50
 spr 50x50      hrmis 50x50      
  • Kemaskini Terakhir - 07 April 2021, 09:26:03.
© Copyright 2019 Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. All Rights Reserved.

Menu Offcanvas