Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

UB Consult Lafaz Ikrar Bebas Rasuah 0

Posted on 19, November 2017

in Category Aktiviti / Berita


UB Consult Lafaz Ikrar Bebas Rasuah/aktiviti berita UB Consult Lafaz Ikrar Bebas Rasuah/aktiviti berita UB Consult Lafaz Ikrar Bebas Rasuah/aktiviti berita

UB Consult Lafaz Ikrar Bebas Rasuah/aktiviti berita UB Consult Lafaz Ikrar Bebas Rasuah/aktiviti berita UB Consult Lafaz Ikrar Bebas Rasuah/aktiviti berita

UB Consult Sdn Bhd (UB Consult), Syarikat Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha membantu memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Bacaan ikrar itu diketuai Eksekutif Kewangan Dan Pentadbiran, Shamsul Nasrun Ishak dilafazkan di hadapan Ahli Lembaga Pengarah UB Consult merangkap Pengurus Kanan Perundangan dan Integriti Kumpulan, Ahlaami Abd Halim dan Pengurus Besar UB Consult, Zaeidah Idris, yang disaksikan Pengerusi UB Consult, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail.

Wan Zawawi dalam ucapan ringkasnya berkata inisiatif UB Consult melaksanakan IBR jelas menunjukkan komitmen syarikat itu untuk terus berusaha bersama-sama PKINK bagi menjadikan Kumpulan PKINK bersih dan bebas daripada kegiatan rasuah.

“Sokongan dan komitmen seluruh anggota UB Consult diharap berterusan dan direalisasikan dalam sebarang pentadbiran harian seterusnya bergerak bersama syarikat kumpulan yang lain untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa secara habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata langkah ini jelas menunjukkan pengurusan UB Consult mahu berkhidmat dalam suasana kerja yang kondusif dan bebas rasuah demi menjalankan amanah kepada kerajaan dan rakyat.

Sementara itu, Zaeidah berkata UB Consult akan sentiasa memberikan kerjasama padu kepada PKINK bagi memastikan semua pengurusan dan anggota tidak terlibat dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

“Selain itu, pelaksanaan IBR juga bertindak sebagai amaran serta usaha organisasi untuk menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh amanah dan integriti,” katanya.