Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK 0

Posted on 8, Ogos 2017

in Category Aktiviti / Berita


Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK/aktiviti berita Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK/aktiviti berita Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK/aktiviti berita Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK/aktiviti berita Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK/aktiviti berita Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK/aktiviti berita Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK/aktiviti berita Syarikat Kumpulan Berkualiti Nadi Kepada PKINK/aktiviti berita

Perkembangan serta perubahan arus ekonomi yang pesat di peringkat global secara langsung telah menjadi cabaran dan pencetus kesedaran tentang keperluan melakukan transformasi agar Kumpulan PKINK lebih berdaya maju dan berdaya saing agar setaraf dengan badan-badan korporat lain yang lebih gah.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui Bahagian Korporat dan Teknologi Maklumat telah mengadakan Bengkel “Business Model Canvas” (BMC) selama tiga hari melibatkan Syarikat Anak Kumpulan bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Bengkel tersebut merangkumi perancangan perniagaan jangka panjang, pemilihan rakan utama, aktiviti utama perniagaan, proposisi nilai sumber utama, kos struktur, aliran pendapatan, kaedah hubungan dengan pelanggan, segmen pelanggan dan lain-lain.

Bengkel ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada Syarikat Anak bagi menyusun semula perniagaan sedia ada dengan menganalisis kelemahan perniagaan, memperkemaskan dan memperkasa halatuju dan plan perniagaan syarikat serta membantu Syarikat bagi merancang perniagaan dengan lebih menyeluruh dengan mengambilkira semua aspek yang terlibat.

Hasil daripada bengkel ini, Perbadanan mengharapkan supaya Syarikat Anak Kumpulan dapat merangka Bisnes Model yang lebih tepat dan jelas disamping mengenalpasti cabaran utama dalam perniagaan, struktur kos dan hasil dengan lebih tepat bagi memastikan syarikat lebih berdaya saing dan berdaya maju ke arah penjanaan keuntungan yang lebih baik.

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Coach Hasril Nordin daripada Muslim Coach Association of Malaysia (MCAM).

Bengkel dirasmikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan PKINK, Mazli Zakuan Mohd Noor manakala majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail.

Diharap penganjuran bengkel ini dapat memberi semangat dan perubahan kepada Kumpulan PKINK dalam memacu perubahan yang direncanakan bagi mencapai sasaran visi dan misi Kumpulan.