Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa

1. Sekiranya saya seorang usahawan dan ingin memajukan diri dan perusahaan saya, apakah yang patut saya lakukan?

Adalah dicadangkan anda mengikuti kursus dan seminar yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi dengan  menghubungi terus kepada :

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
Aras 2-3, Blok Menara, Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
62652 PUTRAJAYA
Tel: 03-88805151/5171/5182/5195/5162/5165/5091
Fax: 03-88805152/5199

Atau

Berdaftar dengan kami untuk rekod dan kemaskini disamping digalakkan untuk mengunjungi kami di alamat yang berikut :

Bahagian Usahawan, IKS & Perhubungan Antarabangsa
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
Tingkat 9, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani
15710 KOTA BHARU
Tel: 09-7414141
Fax:09-7414131

Anda boleh hubungi <alim@pkink.gov.my> (Mohamad ‘Alim Abdullah) untuk maklumat lanjut

 

2. Apakah kelebihan sekiranya kami mendaftar dengan Bahagian Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan?

Anda digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan kami agar anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat terkini yang boleh membantu anda dan perusahaan anda. Pihak kami akan menghubungi pengusaha yang berdaftar sahaja untuk program-program kami yang akan diadakan.

 

3. Saya sudah mempunyai produk tetapi ia tidak begitu dikenali. Apakah yang boleh kami lakukan?

Sila bawa sampel produk anda bersama risalah atau lain-lain maklumat untuk dipamerkan di sudut pameran kami.

 

4. Dimanakah patut saya rujuk sekiranya saya menghadapi masalah dari segi pembungkusan dan pelabelan produk?

Anda dialu-alukan supaya menemui kami untuk mendapatkan pandangan dan nasihat melalui perkongsian pengalaman dan sumber rujukan.

 

5. Anda memerlukan maklumat tentang pengusaha lain untuk dikenali sebagai rakan niaga ?

Dengan menemui kami, anda boleh diperkenalkan dengan senarai usahawan-usahawan yang telah pun mendaftar dengan kami untuk anda dekati mereka mengikut kesesuaian anda.

 

6. Bagaimana sekiranya saya menghadapi masalah dari segi modal dan sumber kewangan ?
Kami bukan merupakan agensi biaya, walaubagaimanapun kami dapat membantu dengan membekalkan anda maklumat tentang agensi berkaitan yang boleh anda hubungi untuk urusan pembiayaan.

 

7. Adakah kami akan dikenakan apa-apa bayaran?

Perkhidmatan kami tidak berbayar dan ‘Bantu Kami Untuk Membantu Anda’ adalah slogan kami. Walaubagaimanapun pastikan anda datang menemui kami dengan matlamat yang jelas, insyallah anda akan pulang dengan maklumat dan manfaat.