Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

KORPORAT & TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. Siapakah yang layak untuk menyewa makmal siber PKINK?

Makmal Siber PKINK dibuka untuk sewaan umum seperti agensi kerajaan,pihak swasta dan juga orang perseorangan yang berminat untuk mengadakan kursus samada menggunakan komputer ataupun tidak.

 

2. Apakah kemudahan yang disediakan untuk sewaaan makmal siber PKINK

Untuk sewaan bagi kursus yang tidak menggunakan komputer,makmal siber boleh menampung sebanyak 24 peserta dengan selesa tetapi berkongsi meja, bilangan peserta boleh menjangkau kepada 30 orang.

Untuk kursus komputer, Makmal Siber PKINK dilengkapi dengan 20 unit komputer desktop (under table) dengan sistem pengoperasian Windows 7 Pro, kemudahan internet 30MB, WIFI, penggunaan LCD ,Sistem PA, sistem hawa dingin dan  bilik persegaran yang berasingan. 

 

3. Bagaimanakah prosedur untuk menyewa makmal tersebut?

Untuk menyewa makmal tersebut, anda boleh menghubungi atau melawat terus ke premis sebagaimana alamat berikut;

Bahagian Korporat & Teknologi Maklumat,
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan,
Tingkat 7, Bangunan PKINK,
Jalan Tengku Maharani,
15000 KOTA BHARU.
Tel: 09-7414141
Fax:09-7414121

Atau 

Anda boleh menghubungi pegawai kami di talian 09-7414063 (Pn Siti) atau 09-7414133(Pn Hawa) untuk membuat tempahan tarikh dll. 

 

4. Berapakah kos sewaan yang akan dikenakan?

Kos sewaan adalah sangat minima dan dicaj mengikut bilangan peserta serta kemudahan yang akan digunapakai sepanjang kursus tersebut.  Walaubagaimanapun penggunaan LCD diberi secara percuma.

 

5. Adakah dibolehkan sekiranya peserta mahu menggunakan notebook mereka sendiri?

Pihak kami tidak mempunyai apa-apa masalah sekiranya peserta mahu menggunakan notebook  sendiri.  Walaubagaimanapun peserta bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan dan kerosakan peralatan tersebut sekiranya ada, semasa atau selepas penggunaan.

 

6.Adakah  persegaran semasa kursus dibekalkan bersekali dengan sewaan makmal siber?

Penyediaan persegaran kursus adalah berasingan dan boleh dibuat dengan menempah terus dengan kafe PKINK ataupun menggunakan khidmat katering pilihan sendiri. Pihak kami juga bersedia untuk mengurus  tempahan  menu melalui kafe PKINK bagi pihak penyewa tanpa sebarang caj tambahan.