Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Program “Setitis Darah jiwa Merdeka” Mendapat Sambutan Menggalakkan 0

Posted on 20, Ogos 2018

in Category Aktiviti / Berita

Program Setitis Darah jiwa Merdeka Mendapat Sambutan Menggalakkan/aktiviti berita  Program Setitis Darah jiwa Merdeka Mendapat Sambutan Menggalakkan/aktiviti berita

Seramai 100 orang menderma darah dalam program derma darah ‘Setitis Darah Jiwa Merdeka’ anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang berlangsung di ruang legar Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan di sini semalam.

Program yang berlangsung kira-kira lapan jam bermula 9 pagi itu mendapat sambutan daripada anggota Kumpulan PKINK, anggota penguatkuasa, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Korporat) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, pihaknya merancang menjadikan program komuniti itu sebagai acara tetap setiap tiga bulan sekali.

“Program ini adalah yang julung kali kita adakan dan masanya bertepatan dengan musim cuti perayaan di mana keperluan untuk bekalan darah meningkat.

“Kita akan laksanakan program kali kedua paling awal November ini di lokasi sama dan sekiranya terus mendapat sambutan ia akan menjadi acara tetap setiap tiga bulan sekali,” katanya ketika ditemui di sini.

Program itu yang dianjurkan bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK, Pusat Perubatan An-Nisa (An-Nisa), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) negeri Kelantan dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) serta mendapat kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Pengurus Pusat Perubatan An-Nisa, Atira Ludin dan Pengerusi BSMM Kelantan, Tuan Ghazali Tuan Long.

Pihak penganjur turut menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma di samping hadiah cabutan bertuah seperti peralatan elektrik.