Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

Program Pemukiman Menteri Besar Di JaJahan Jeli. 0

Posted on 28, September 2017

in Category Aktiviti / Berita


Program Pemukiman Menteri  Besar Di JaJahan Jeli./aktiviti berita Program Pemukiman Menteri  Besar Di JaJahan Jeli./aktiviti berita Program Pemukiman Menteri  Besar Di JaJahan Jeli./aktiviti berita

Program Pemukiman Menteri  Besar Di JaJahan Jeli./aktiviti berita Program Pemukiman Menteri  Besar Di JaJahan Jeli./aktiviti berita Program Pemukiman Menteri  Besar Di JaJahan Jeli./aktiviti berita

Program Pemukiman Menteri Besar telah diadakan di Jajahan Jeli hari ini bermula minum pagi Menteri Besar bersama orang ramai kawasan Pasar Jeli dan menziarahi peniaga di dalam pasar tersebut. Program Pemukiman kali ini merupakan jajahan keenam dilawati.

Dalam pada itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah membekalkan sumbangan berupa kit bekalan harian, beras dan wang tunai untuk pengagihan dalam program ini.

Dato’ Ahmad Yakob seterusnya membuat lawatan di Hospital Jeli untuk menemui para pesakit bagi menyampaikan sumbangan. Sementara itu, Exco-Exco Kerajaan Negeri pula melawat penduduk kampung sekitar jajahan. Aktiviti ziarah merupakan agenda utama bagi memastikan tiada jurang pimpinan negeri dengan rakyat.

Selepas itu, Dato’ Ahmad Yakob ke Majlis Menteri Besar Bersama Rakyat yang diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli pada waktu tengahari tadi. Dalam pada itu, Dato’ Ahmad Yakob turut menyempurnakan penyerahan geran milik kepada penerima-penerima yang hadir dalam program itu.

Turut hadir Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua Jajahan Jeli, Timb. Ketua Jajahan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan. Manakala wakil PKINK, ialah Pegawai Khas Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK.