Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin 0

Posted on 13, April 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita  PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita

PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita  PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita

PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita  PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita

PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita  PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita

PKINK Terus Sedia Bantuan Baikpulih Rumah Rakyat Miskin/aktiviti berita

Dasar Berkebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan yang digubal sejak tahun 2013 ternyata bukan sekadar retorik semata-mata, sebaliknya berjaya diaplikasikan demi membela nasib dan kesejahteraan rakyat Kelantan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), sebagai sebuah agensi ekonomi negeri Kelantan bersama kerajaan negeri berusaha untuk mengupayakan taraf hidup rakyat miskin agar menikmati kehidupan lebih selesa dengan menyediakan pelbagai bantuan untuk meringankan beban mereka termasuklah bantuan membaiki rumah rakyat miskin.

Tidak kira di bandar atau luar bandar, pegawai dan anggota PKINK yang diamanahkan sentiasa turun padang untuk meninjau setiap permohonan bantuan untuk memiliki rumah yang selesa untuk berteduh daripada panas dan hujan.

Sehingga Mac lalu, PKINK telah membaikpulih sebanyak 1000 buah rumah di bawah seliaan Yayasan Darul Naim (YDN) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dengan kos membaikpulih setiap rumah tidak melebihi RM15,000.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksektutif (HEK) Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, bantuan membaiki rumah adalah sebahagian daripada peruntukan dan projek khas kepada rakyat di negeri ini.

“Pelbagai bantuan dan program telah kita usahakan untuk berkongsi keuntungan bersama rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Serahan Sumbangan Pembaikian Rumah Rakyat Miskin di pejabat Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Sumbangan itu disampaikan oleh Exco kerajaan negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Hadir sama, Pegawai Khas Kepada Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Mohd Rozi Mohd Nor dan Ahli Lembaga Pengarah Infra Quest Sdn Bhd, Che Din Che Deraman.

Bagi empat orang penerima daripada Dun Wakaf Bharu ini, tiada ungkapan lain melainkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada kerajaan negeri dan PKINK yang begitu prihatin dengan nasib rakyat.

Salah seorang penerima bantuan ini, Jusoff Hassan, dari Chabang Empat, Tumpat, yang begitu gembira kerana impiannya untuk memiliki rumah yang selesa akhirnya dapat direalisasikan dengan bantuan kerajaan negeri dan PKINK.

Jusoff berkata, dengan pendapatan yang tidak seberapa, beliau tidak mampu untuk menyediakan rumah yang selesa untuk keluarganya berteduh.

“Saya bersyukur kerana melalui sokongan dan bantuan PKINK, kini saya sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Zaharah Sulaiman berkata, dia amat terharu dengan bantuan itu yang dapat membantu dia memiliki rumah ‘berwajah baharu’ setelah sekian lama mendiami rumah uzur sejak kematian suaminya.

“Sehingga kini saya merasakan sangat teruja, tiada ucapan yang mampu saya ungkapkan melainkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri dan PKINK yang membantu saya,” katanya dengan nada gembira.