Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Terima Sijil Kecemerlangan HRMIS 2016 0

Posted on 30, Mei 2017

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Terima Sijil Kecemerlangan HRMIS 2016/aktiviti berita    PKINK Terima Sijil Kecemerlangan HRMIS 2016/aktiviti berita

PKINK Terima Sijil Kecemerlangan HRMIS 2016/aktiviti berita    PKINK Terima Sijil Kecemerlangan HRMIS 2016/aktiviti berita

KOTA BHARU 28 Mei: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) antara agensi kerajaan Negeri Kelantan yang menerima sijil kecemerlangan pencapaian petunjuk prestasi utama Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) 2016.

Penganugerahan ini merupakan suatu galakan dan motivasi kepada jabatan dan agensi kerajaan untuk terus memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang, serta menjadi contoh dan perangsang kepada jabatan dan agensi lain yang kurang berjaya.

Enam kriteria utama dilihat iaitu pengemaskinian data perjawatan, pemurnian data bagi elemen di data perjawatan, rekod peribadi dan profil perkhidmatan, pelaksanaan laporan nilaian prestasi tahunan, pelaksanaan sasaran kerja tahunan, pelaksanaan perisytiharan harta dan pelaksanaan penamatan perkhidmatan.

Pengiktirafan kepada PKINK tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Mazli Zakuan Mohd Noor dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim di sini.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat.

Rumah