Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Terima Kunjungan Delegasi China 0

Posted on 7, Februari 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Terima Kunjungan Delegasi China/aktiviti berita  PKINK Terima Kunjungan Delegasi China/aktiviti berita

PKINK Terima Kunjungan Delegasi China/aktiviti berita  PKINK Terima Kunjungan Delegasi China/aktiviti berita

PKINK Terima Kunjungan Delegasi China/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menerima kunjungan delegasi pelabur dari Chinese Academy Of Governance (CAG) Negara China disini.

Lawatan tersebut bertujuan bagi mendapatkan maklumat tentang PKINK serta ingin mencari peluang untuk mengadakan hubungan dua hala yang dapat menjalinkan kerjasama khususnya dalam sektor ekonomi, budaya, pelancongan dan sosial pada masa hadapan.

Delegasi seramai 30 orang itu diketuai oleh Professor Zheng Zhong Xu.

Lawatan yang diisi dengan sesi penerangan oleh Pengurus Kanan Khidmat Teknikal Kumpulan, Mohamad Nasriff Daud berkaitan kawasan perindustrian dan kawasan projek milik PKINK yang lain.

Hadir sama di majlis berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail.

Terdahulu, delegasi itu turut mengadakan lawatan ke tanah milik PKINK di Pulau Timun, Tumpat untuk meninjau kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan maritim.

Selepas tinjauan, delegasi berkenaan kemudiannya melakukan kunjungan ke Pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.