Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Terima 2 Penarafan Bintang 0

Posted on 2, Januari 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Terima 2 Penarafan Bintang/aktiviti berita PKINK Terima 2 Penarafan Bintang/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menerima anugerah penarafan lima bintang bagi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2016 dan penarafan empat bintang bagi Anugerah Pengurusan Pentadbiran Tahun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, pengauditan yang berterusan dengan mengikut garis panduan serta prosedur antara faktor kejayaan PKINK sehingga melayakkan agensi itu menerima pengiktirafan dianugerahkan Jabatan Audit Negara dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

“Pengiktirafan ini hadiah kepada semua pihak termasuk pengurusan dan anggota PKINK yang bekerja keras sebagai satu pasukan dan kerajaan negeri yang banyak menyokong kejayaan PKINK.

“Kejayaan tersebut bukti kerjasama semua pengurusan dan anggota yang bertungkus-lumus memberikan kualiti perkhidmatan terbaik,” katanya mengulas antara kejayaan PKINK tahun lalu.

Menurutnya, PKINK telah menunjukkan dayasaing dan dayamaju yang tinggi sekaligus membuktikan keunggulan PKINK sebagai badan ekonomi negeri.

Beliau berkata, pengurusan pentadbiran PKINK yang cemerlang turut diutamakan kerana secara tidak langsung PKINK merupakan aset modal insan yang mengetengahkan imej kerajaan negeri.

“Penarafan bintang ini juga diberi berdasarkan amalan kerja PKINK yang dijalankan secara efektif, amanah dan beretika,” katanya.

Anugerah itu disampaikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob sempena Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim, hari ini.