Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Sumbang Motosikal Roda Tiga 0

Posted on 6, April 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Sumbang Motosikal Roda Tiga/aktiviti berita

PKINK Sumbang Motosikal Roda Tiga/aktiviti berita

PKINK Sumbang Motosikal Roda Tiga/aktiviti berita

PKINK Sumbang Motosikal Roda Tiga/aktiviti berita

Seorang peniaga kecil-kecilan muallaf teruja dan gembira doanya selama ini dimakbulkan ALLAH SWT apabila keinginan untuk memiliki motosikal roda tiga mendapat perhatian daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Izuan Lee Tian Chuan Abdullah, 41,berkata, dengan bantuan berkenaan, dia dapat mencapai impiannya untuk berniaga minuman yogurt berasaskan buah-buahan di sekitar bandar Kota Bharu terutamanya di Masjid An Naim di Jalan Sri Cemerlang.

Katanya, sebelum ini dia hanya mampu berniaga barangan runcit di rumah secara kecil-kecilan kerana tiada kenderaan untuk berniaga di tepi jalan.

“Dengan bantuan ini juga saya berharap dapat mempelbagaikan lagi jualan di samping menambahkan pendapatan.

“motosikal ini juga akan dijadikan sebagai kenderaan untuk saya ke kelas agama di PERKIM dan masjid,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Asnaf oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan merangkap Adun Demit, Mumtaz Md Nawi di Kompleks Masjid Darul Huda, pagi tadi.

Hadir sama, Pegawai Khas Kepada Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Mohd Rozi Mohd Nor dan Setiausaha Dun Demit, Zulkifli Hussin.

Tambahnya, bantuan ini juga sebagai motivasi untuk dirinya mempelajari bahkan mendalami ilmu agama selain mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih berjaya.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri, PKINK dan Adun Demit di atas bantuan ini, sekali gus berazam untuk memanfaatkan bantuan ini.

“Saya berjanji pada diri saya, bantuan ini adalah platform untuk saya membantu orang lain yang memerlukan dimasa hadapan,” katanya.