Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Sumbang Lori Sampah Kepada MPKB-BRI 0

Posted on 10, September 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Sumbang Lori Sampah  Kepada MPKB BRI/aktiviti berita  PKINK Sumbang Lori Sampah  Kepada MPKB BRI/aktiviti berita

PKINK Sumbang Lori Sampah  Kepada MPKB BRI/aktiviti berita  PKINK Sumbang Lori Sampah  Kepada MPKB BRI/aktiviti berita

PKINK Sumbang Lori Sampah  Kepada MPKB BRI/aktiviti berita  PKINK Sumbang Lori Sampah  Kepada MPKB BRI/aktiviti berita

KOTA BHARU 10 Sept : Bagi merealisasikan hasrat untuk melihat Kota Bharu menjadi bandar bersih, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyumbang sebuah lori sampah jenis “halfmoon” kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) untuk kelancaran perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di jajahan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, menjadi tanggungjawab PKINK sebagai syarikat milik kerajaan negeri (GLC) membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mempertingkat mutu perkhidmatan untuk keselesaan rakyat.

“Sumbangan ini merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat PKINK, sejajar dengan saranan kerajaan negeri supaya syarikat milik kerajaan (GLC) membantu kerajaan melalui PBT mengupayakan mutu perkhidmatan agar rakyat dapat menikmati kehidupan lebih selesa.

“PKINK berusaha untuk bekerjasama dengan PBT dalam meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik kepada warga kota selain menyahut seruan kempen ‘Kelantanku Bersih Kelantanku Ceria’ dengan langkah turut bekerjasama dalam meningkatkan kebersihan di kawasan tumpuan di jajahan ini,’ katanya selepas majlis Serahan Sumbangan Sebuah Lori Sampah Kepada MPKB-BRI di Pejabat Menteri Besar Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Sumbangan yang disampaikan kepada Setiausaha MPKB-BRI, Nazmi Abdul Hamid itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan. Dr. Izani Husin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (P&P) Kumpulan, Mohamad Nasriff Daud dan Ahli Majlis MPKB-BRI.