Pilih Bahasa Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Sumbang Komputer Riba Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan 0

Posted on 26, Februari 2017

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Sumbang Komputer Riba Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan/aktiviti berita  PKINK Sumbang Komputer Riba Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan/aktiviti berita

 PKINK Sumbang Komputer Riba Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan/aktiviti berita  PKINK Sumbang Komputer Riba Kepada Pelajar Kurang Berkemampuan/aktiviti berita

KOTA BHARU 23 Feb – Teruja bercampur gembira. Itu perasaan dua pelajar kurang berkemampuan dari Binjai dan Bachok apabila mendapat perhatian daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang bersedia membantu meringankan beban mereka untuk meneruskan pengajian.

Nur’ Ain Shuhada Mohd Razali, 19, seorang yatim piatu dan Mohd Shahlan Dzulkifli, 21, dari Kampung Tok Kederat, Kandis, Bachok menerima sumbangan komputer riba daripada PKINK.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab. Rahman yang mewakili Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata, pihaknya akan membantu merealisasikan impian mereka untuk menjadi mahasiswa.

“Dengan sumbangan komputer riba ini diharap dapat meringankan beban keluarga mereka seterusnya dapat membantu mereka berdua menghabiskan pengajian masing-masing dengan jayanya,” kata Nik kamil.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ringkas penye¬rahan sumbangan komputer riba kepada dua pelajar tersebut di pejabatnya.

Sementara itu, Shahlan berkata, dia amat terharu dengan sumbangan itu yang dapat membantu dia meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

“Sehingga kini saya merasakan sangat teruja, tiada ucapan yang mampu saya ungkapkan melainkan rasa bersyu¬kur dan terima kasih kepada PKINK yang membantu saya.

“Ini sahajalah jalannya yang saya ada, untuk meneruskan pengajian ini sehingga berjaya ke peringkat yang lebih tinggi, demi mengubah nasib dan kehidupan kami sekeluarga yang dibelanggu kemis¬kinan,” kata Shahlan.

Nur’ Ain, dari Kampung Chabang Empat Binjai, pula berkata, dia turut mengalami kebuntuan sebaik sahaja menerima surat tawaran daripada Politeknik Kota Bharu itu.

“Kelu lidah saya, perasaan gembira yang teramat hanya dirasai seketika sahaja setelah memikirkan keupayaan diri dan nasib saya sebagai seorang yatim piatu akan menjadi penghalang untuk mengapai impian menjadi seorang mahasiswa.

“Saya menumpang berteduh dengan emak sepupu, saya merasa amat kasihan kepada beliau dan suami yang mengusahakan kedai makan terpaksa berikhtiar mencari wang untuk saya dan empat lagi adik beradik saya yang masih belajar di Universiti dan Sekolah Menengah,” kata Nur’ Ain.