Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Perluas Program Ihya’ Ramadhan 0

Posted on 7, Mei 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita  PKINK Perluas Program Ihya Ramadhan/aktiviti berita

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) meneruskan program Ihya Ramadan bersama rakyat seperti tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, Kumpulan PKINK menyediakan peruntukan untuk program dan aktiviti bersempena Ramadan.

“Sebagai contoh, kita masih meneruskan program almari makanan, sumbangan kepada anak yatim dan asnaf, sumbangan kepada anggota Kumpulan PKINK yang kurang berkemampuan dan lain-lain program yang telah disusun untuk anggota kumpulan dan rakyat.

“Program ini juga sebagai simbolik kepada keprihatinan dan rasa tanggungjawab terhadap anggota kumpulan dan rakyat bagi memastikan kebajikan dan keharmonian rakyat sentiasa dijaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Makan Tengah Hari Sempena Pelancaran Ihya Ramadan dan Keraian Kontinjen Gemaputra Kumpulan PKINK 2018 di Perdana Resort di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan, Ab Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (P&P) Kumpulan, Mohd Asri Sulaiman dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman.

Menurut Wan Zawawi lagi, program itu akan terus diperluaskan bagi mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan di samping membudayakan amalan menderma dalam kalangan anggota kumpulan dan masyarakat.

“Program ini juga secara tidak langsung dapat merealisasikan matlamat kerajaan negeri sebagai sebuah negeri berkebajikan dan cakna terhadap kehidupan rakyat,” ujarnya.

Pada masa sama, Wan Zawawi turut memuji semangat juang kontinjen Gemaputra PKINK dalam menghadapi temasya di Perlis baru-baru ini, biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Tahniah kepada kontinjen PKINK diatas penampilan yang mampu menaikkan nama PKINK di peringkat kebangsaan,” ujarnya.