Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Menyumbang 70 Ekor Lembu Kepada Pusat Pengajian Pondok Sekitar Kelantan Sempena Ibadah Korban AIDIL ADHA 0

Posted on 2, September 2017

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Menyumbang 70 Ekor Lembu Kepada Pusat Pengajian Pondok Sekitar Kelantan Sempena Ibadah Korban AIDIL ADHA/aktiviti berita PKINK Menyumbang 70 Ekor Lembu Kepada Pusat Pengajian Pondok Sekitar Kelantan Sempena Ibadah Korban AIDIL ADHA/aktiviti berita PKINK Menyumbang 70 Ekor Lembu Kepada Pusat Pengajian Pondok Sekitar Kelantan Sempena Ibadah Korban AIDIL ADHA/aktiviti berita

Sebanyak 70 ekor lembu korban diagihkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kepada Pusat Pengajian Pondok, persatuan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan di Negeri Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK yang diwakili Pegawai Khasnya, En. Mohd Rozi Mohd Noor turun sendiri membuat penyerahan lembu korban kepada beberapa buah pondok, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan penduduk yang terlibat.

Rozi berkata, bagi sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini, hampir 30 Pusat Pengajian Pondok dan beberapa persatuan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan menerima sumbangan berkenaan.

Agihan lembu korban tersebut adalah bertujuan meraikan pelajar-pelajar institusi pondok, golongan miskin dan mereka yang memerlukan.

Sumbangan lembu korban yang melibatkan kos hampir RM 250,000 itu juga diharap dapat merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan iaitu, Merakyatkan Membangun Bersama Islam.