Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Lebarkan Sayap Memacu Ekonomi Negeri 0

Posted on 4, September 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Lebarkan Sayap Memacu Ekonomi Negeri/aktiviti berita

PKINK Lebarkan Sayap Memacu Ekonomi Negeri/aktiviti berita

PKINK Lebarkan Sayap Memacu Ekonomi Negeri/aktiviti berita

KOTA BHARU 4 Sept : Sebagai sebuah badan ekonomi yang bertanggungjawab memajukan ekonomi negeri Kelantan, pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melakukan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan (PTG), Dato’ Zamri Ismail, di sini baru-baru ini.

Delegasi PKINK yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus telah mengemukakan beberapa cadangan berhubungkait dengan permohonan dan pemilikan tanah milik PKINK dan kerajaan negeri untuk dimajukan.

Pada pertemuan itu juga, PKINK turut berhasrat untuk membangunkan tanah milik PKINK secara berkala bagi projek awam dan mengharap kerjasama sepenuhnya daripada PTG dalam menjayakan agenda memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan), Ibrahim Bakri Mat Deris, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran), Fazrul Azan Mohd Basari, Pengurus-pengurus Bahagian Kumpulan PKINK dan Pengurus Besar Anak Syarikat PKINK.