Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Bantu Usahawan Bangunkan Perniagaan 0

Posted on 6, Mei 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Bantu Usahawan Bangunkan Perniagaan/aktiviti berita  PKINK Bantu Usahawan Bangunkan Perniagaan/aktiviti berita  PKINK Bantu Usahawan Bangunkan Perniagaan/aktiviti berita  PKINK Bantu Usahawan Bangunkan Perniagaan/aktiviti berita  PKINK Bantu Usahawan Bangunkan Perniagaan/aktiviti berita

Usahawan memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor dan industri. Berdasarkan peranan sektor perniagaan kecil dalam pembangunan ekonomi negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sudah merangka pelbagai langkah bagi membantu sektor perniagaan kecil. Langkah-langkah yang diambil ini berasaskan analisis dan tinjauan masalah-masalah sektor perniagaan kecil pada masa kini.

Mohd Rozi yang mewakili Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkata, PKINK komited membantu usahawan terutamanya program dan peralatan perniagaan untuk membangunkan perniagaan mereka.

PKINK menyalurkan sumbangan mesin bertujuan membantu usahawan kecil dan sederhana (IKS) terutamanya dalam industri makanan untuk meningkatkan pengeluaran sekali gus memastikan perniagaan mereka lebih berkualiti, konsisten dan diterima di pasaran dalam dan luar negara.
Peningkatan industri makanan membuka peluang kepada usahawan untuk terus meningkatkan hasil jualan dengan bantuan mesin-mesin. Dengan bantuan mesin pastinya mutu produk dapat dipertingkatkan sekali gus dapat memenuhi permintaan pengguna.