Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Bantu Rancakkan Aktiviti Air Di Negeri Ini 0

Posted on 9, Februari 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Bantu Rancakkan Aktiviti Air Di Negeri Ini/aktiviti berita  PKINK Bantu Rancakkan Aktiviti Air Di Negeri Ini/aktiviti berita   PKINK Bantu Rancakkan Aktiviti Air Di Negeri Ini/aktiviti berita  PKINK Bantu Rancakkan Aktiviti Air Di Negeri Ini/aktiviti berita   PKINK Bantu Rancakkan Aktiviti Air Di Negeri Ini/aktiviti berita

Bagi merealisasikan aspirasi kerajaan negeri memajukan industri pelancongan maritim, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Prokel Management Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Jurumudi Terhad untuk membantu merancakkan lagi aktiviti air di negeri ini.

Kursus dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia dan Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) itu menampilkan Mohammad Hisham Ali dan Dr Yasmin Mohd Hasni daripada Jabatan Laut Malaysia dan Mohamed Najib Mohamed Saad daripada Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur sebagai sebagai penceramah untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan idea ke arah melahirkan jurumudi berlesen yang berjaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, kursus ini memberi peluang kepada peminat industri maritim untuk membantu kerajaan dengan memulangkan balik pendapatan kepada kerajaan negeri melalui peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan yang lain seterusnya memberi kemajuan kepada negeri Kelantan.

“PKINK berbesar hati untuk menganjurkan lebih banyak kursus berkaitan mengemudi bot dalam usaha membantu rakyat mendapat pekerjaan selain membantu kerajaan merancakkan lagi aktiviti air di negeri ini,” katanya pada Majlis Perasmian Kursus Jurumudi Terhad, di Perdana Resort, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Prokel Management Sdn Bhd, Hishamuddin Hussein dan Ketua Pejabat Jabatan Laut Kuala Besar Kelantan, Zainal Abidin Abdullah.

Pada akhir kursus itu, peserta yang berjaya dalam ujian akan mendapat lesen jurumudi terhad secara sah.