Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang 0

Posted on 20, Disember 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita  PKINK Bangunkan Hospital Patuh Syariah di Machang/aktiviti berita

KOTA BHARU 19 Dis : Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kumpulan SAKATA Sdn Bhd menandatangani perjanjian bagi cadangan pembangunan bersama Estet Sungai Bagan, Machang dalam usaha berterusan membawa kemajuan dan pembaharuan bersama di negeri ini.

Kerjasama diantara dua pihak tersebut melibatkan projek dengan kos RM600 juta di tanah seluas 62 ekar di Mukim Labok, Daerah Machang.

Perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman mewakili PKINK sementara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAKATA Sdn Bhd, Dato’ Aminuddin Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAKATA Sdn Bhd, Nor Hasima Hassan bagi pihak Kumpulan SAKATA Sdn. Bhd. Majlis disaksikan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, projek pembangunan ini melibatkan pembinaan sebuah hospital dengan 100 katil yang merupakan hospital patuh syariah kedua dibina di negeri ini selepas hospital wanita dan kanak-kanak An-Nisa’ (patuh syariah) yang dimilik oleh Kumpulan PKINK.

Menurutnya, projek pembangunan ini merupakan konsep baharu yang dibawa ke negeri ini dan mampu menjadi mercu tanda baharu dalam masa sama menjadi contoh kepada projek pembangunan yang lain.

“Projek ini akan dibangunkan di Machang kerana kedudukannya yang strategik dan mampu untuk memberi manfaat kepada rakyat di Jajahan-jajahan sekitarnya.

“Ini sekali gus akan mewujudkan prasarana kondusif dan komprehensif serta memberikan nilai tambah kepada sektor perubatan dan rakyat kerana ianya sesuai dengan kemampuan semua kategori rakyat di negeri ini,” katanya.

Yang turut hadir, Exco-exco kerajaan negeri Kelantan, Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurusan Kumpulan SAKATA Sdn Bhd.

Antara komponen projek fasa 1 yang akan dibangunkan di atas tanah tersebut adalah hospital patuh syariah, rumah pesara (retirement homes), rumah kediaman dan bangunan komersial.

Dalam perkembangan berkaitan, Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) dan Ascii Line Sdn Bhd (ALSB) menyumbang RM2 juta kepada kerajaan negeri sebagai sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan PKINK kepada kerajaan negeri Kelantan.