Pilih Bahasa English Melayu | RSS PKINK Facebook PKINK Twitter PKINK Wikipedia PKINK
+609-7414141

PKINK Anjurkan Kelas Urutan Reflexsologi Dengan Kerjasama Kolej Komuniti 0

Posted on 31, Mei 2018

in Category Aktiviti / Berita


PKINK Anjurkan Kelas Urutan Reflexsologi Dengan Kerjasama Kolej Komuniti/aktiviti berita

PKINK Anjurkan Kelas Urutan Reflexsologi Dengan Kerjasama Kolej Komuniti/aktiviti berita

PKINK Anjurkan Kelas Urutan Reflexsologi Dengan Kerjasama Kolej Komuniti/aktiviti berita

PKINK Anjurkan Kelas Urutan Reflexsologi Dengan Kerjasama Kolej Komuniti/aktiviti berita

 

19hb Mei 2018, Sabtu. PKINK sekali lagi menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan, IKS dan Perhubungan Antarabangsa (PUIPA) meneruskan agenda pembangunan usahawan dengan mengadakan Latihan Keusahawanan Khas (LASAK) dengan kerjasama Kolej Komuniti Kok Lanas. Kursus yang dipilih kali ini adalah Rawatan Reflexsologi.

Penceramah atau tenaga pengajar ialah Puan Nurhazirah bte Hamdan merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Kok Lanas. Kelas ini dibiayai sepenuhnya oleh PKINK dan peserta hadir secara percuma sahaja. Begitu juga untuk kelas-kelas kemahiran lain selepas ini menerusi LASAK adalah percuma sahaja. Turut hadir mewakili bahagian usahawan PKINK ialah En A. Ubaidillah Alias yang diminta memberikan ucapan aluan pembukaan sebelum majlis berjalan.

Pada awalnya penganjur menetapkan seramai 20 orang peserta, memandangkan bilik latihan mampu memuatkan seramai itu. Namun, disebabkan permintaan yang menggalakkan maka penganjur terpaksa membuka penyertaan sehingga 23 orang.

Peserta adalah di kalangan ibu tunggal, armalah dan juga suri rumah yang mahu menambahkan kemahiran sampingan. Walaupun program dianjurkan dalam bulan Ramadhan, semangat peserta tidak luntur disebabkan berpuasa. Malah ada yang sampai sejam lebih awal ke tempat program.